6 Rahsia Kejayaan Bola Sepak Iceland, Negara Paling Kecil Yang Layak EURO 2016

Dengan populasi penduduk hanya 329,100 orang, Iceland membuktikan saiz populasi negara mereka yang kecil bukanlah penghalang untuk mencari 23 pemain yang mampu bersaing secara kompetitif dalam kempen kelayakan EURO 2016.

[adrotate group=”2″]

Iceland melakar kejutan apabila berjaya melayakkan diri sebagai juara kumpulan ke pusingan akhir EURO 2016 di Perancis ketika mereka masih mempunyai baki 2 perlawanan kumpulan.

Dalam saingan kumpulan, Iceland menewaskan Belanda home (2-0) dan away (1-0). Iceland turut menewaskan Republik Czech (2-1) dan Turki (3-0) di halaman sendiri.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan daripada prestasi membanggakan mereka ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Iceland hanya tewas 0-2 secara agregat kepada Croatia dalam perlawanan play-off.

Iceland pernah mencapai ranking ke-23 dunia dari Julai 2015 sehingga Oktober 2015 sebelum kini menghuni rangking ke-36 dunia.

Fakta menarik tentang Iceland

Sebelum saya menjelaskan rahsia kejayaan bola sepak Iceland, saya ingin menyertakan serba-sedikit fakta menarik mengenai bola sepak Iceland.

1. Iceland mempunyai musim bola sepak terpendek di dunia iaitu dari 20 Mei sehingga 30 September akibat musim sejuk yang amat ekstrem. Dalam musim sejuk, Iceland hanya mendapat 3 jam cahaya matahari. Suhu pula boleh mencecah -30 darjah Celcius.

2. Dengan populasi lebih kurang sama dengan bandar Kajang (311,785) pada 2010, liga bola sepak Iceland mempunyai 5 level.

3. Liga teratas Iceland, Úrvalsdeild karla, mempunyai 12 pasukan. Ia adalah liga semi-pro.

4. Pemain bola sepak Iceland lebih banyak menyasarkan peluang bermain di luar Iceland untuk menjadi pemain profesional. Ketika ini Iceland mempunyai 58 pemain profesional senior dan 23 pemain muda yang bermain di luar Iceland.

5. Iceland mempunyai 639 jurulatih berlesen UEFA B dan 196 jurulatih berlesen UEFA A dan 13 jurulatih berlesen UEFA Pro. Ini menjadikan Iceland antara negara yang mempunyai antara nisbah jurulatih:pemain yang tertinggi di Eropah.

6. Pemain bola sepak Iceland yang mempunyai profil paling besar adalah Eidur Gudjohnsen, yang pernah menyertai pasukan Barcelona dan Chelsea.

Ciri-ciri positif pemain Iceland

Pemain bola sepak Iceland dikatakan mempunyai ciri-ciri positif berikut sehingga menyebabkan mereka menjadi pilihan pasukan luar Iceland. Ciri-ciri tersebut adalah:

  • Mendengar kata pengurus, jurulatih.
  • Bekerja keras.
  • Mudah menyesuaikan diri di negara luar.
  • Boleh mempelajari bahasa baru.
  • Mempunyai kepimpinan yang tinggi. Sebagai contoh, ramai pemain Iceland dipilih sebagai kapten pasukan seperti Eidur Gudjohnsen (Chelsea), Ivar Ingimarsson (Reading), Hallgrímur Jónasson (Odense BK), Kári Árnason (Malmö FF).

Bagaimana Iceland mewujudkan ramai pemain bola sepak profesional?

1. Iceland mempunyai ramai anak muda yang bercirikan atlet

Kids-Splashing-compressed

Kerajaan Iceland mewajibkan kelas berenang sekali seminggu di setiap sekolah di Iceland. Ini membolehkan anak muda yang berumur dari 6 hingga 17 tahun di Iceland sentiasa cergas dari segi fizikal.

2. Semua pihak terlibat sama dalam membangunkan bola sepak Iceland

DSC_3311

Pembangunan akar umbi merupakan bajet terbesar Persatuan Bola Sepak Iceland. Kerja Persatuan Bola Sepak Iceland turut dimudahkan dengan kerjasama ibu bapa, ahli politik, sekolah dan lain-lain.

3. Jurulatih berpendidikan tinggi

coerver_coaching

Di Iceland, hanya jurulatih yang berkelayakan dan dibayar sahaja boleh melatih pemain 5 tahun dan ke atas. Kebanyakan guru pendidikan jasmani di sekolah biasa merupakan jurulatih bola sepak yang berkelayakan.

Hampir 50% daripada jurulatih di Iceland telah mempunyai lesen kejurulatihan UEFA B dan ke atas.

Info peribadi semua jurulatih (berlesen dan tak berlesen) di Iceland seperi nama penuh, nombor IC, nombor telefon, alamat, nama kelab, peringkat umur pemain yang dilatihnya dan alamat email disimpan dalam database Persatuan Bola Sepak Iceland.

Jurulatih juga sentiasa diberitahu mengenai kursus baru dan pengumuman penting dari semasa ke semasa.

Trivia: Jurulatih termuda di Iceland berumur 16 tahun.

4. Kelab tempatan mengamalkan polisi ‘buka pintu’

iceland2007 009

Kelab-kelab bola sepak Iceland sentiasa menerima pemain dari pelbagai peringkat umur (5-34 tahun) namun bukan untuk first team. Hal ini bermakna semua orang boleh menyertai pasukan kegemaran mereka!

5. Pemain yang berlatih bersungguh-sungguh tanpa gaji atau elaun

original

Disebabkan Iceland tidak mempunyai kelab profesional, manakala kelab-kelab yang bertanding dalam liga teratas mereka hanyalah pemain semi-pro, banyak pemain mereka bermain tanpa gaji dan elaun.

6. Fasiliti berkualiti

Telenor_arena_0709

Hasil pelaburan besar Persatuan Bola Sepak Iceland, mereka telah membina sebilangan stadium tertutup, padang tiruan, dan padang mini di setiap sekolah.

Kesimpulan

Walaupun Iceland merupakan negara berpopulasi kecil, mereka mampu menjadi pencabar di bola sepak Eropah dengan:

  • pengurusan Persatuan Bola Sepak Iceland yang berkualiti dan kerjasama daripada semua pihak
  • membuat pelaburan besar untuk memajukan infrastruktur dan pembangunan akar umbi dan
  • menaikkan jumlah jurulatih berlesen di peringkat akar umbi.

Bagaimana negara kita yang berpopulasi hampir 30 juta orang tetapi berada di ranking sekarang adalah sesuatu yang memalukan.

Untuk maju, kualiti pengurusan bola sepak kita perlu ditingkatkan. Jurulatih bola sepak kita (sama ada berlesen atau tidak berlesen) perlu dididik dengan ilmu-ilmu terbaru dalam bola sepak. Kemudahan untuk pemain perlu diperbaiki.

Jika sebuah negara kecil seperti Iceland boleh melakukannya, mengapa kita tak boleh?

[adrotate banner=”9″]

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Iskandar Zulqarnain Hilmi.

Jika anda mahu boleh menulis artikel tentang bola sepak seperti beliau dan mahu artikel anda disiarkan di laman web kami, hantarkan artikel anda ke [email protected]

Baca juga: Iceland Layak Ke Euro 2016 Buat Pertama Kali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN