“Sedia Bantu Pasukan Raih Kejayaan”- Yashir Pinto Mahu Cepat Bentuk Keserasian Bersama Negeri Sembilan

Negeri Sembilan baru sahaja menandatangani dua pemain import baharu mereka dalam usaha untuk memantapkan lagi pasukan sebaik sahaja aksi Liga Super kembali bersambung Sabtu ini.

Dua pemain tersebut merupakan Yashir Pinto Islame dan Gustavo Almeida yang bakal memperkuatkan serangan dan bahagian tengah Negeri Sembilan setelah import sebelum itu, David Mawutor dan Adetu Kossi gagal memberi impak terbaik bersama kelab.

Menurut Yashir, beliau nyata sangat teruja kerana dapat kembali mewarnai saingan Liga Malaysia bersama pasukan baharu beliau, Negeri Sembilan.

Pemain tersebut sebelum ini bukan lagi asing dalam bola sepak tempatan apabila pernah mewakili PKNP pada musim 2019 dan pertama kali tiba di Malaysia selaku pemain pinjaman buat Melaka United ketika 2016.

Tekad Yashir, beliau mahu segera memberi impak bersama Negeri Sembilan selain mahu membantu kelab tersebut untuk mencatat kejayaan pada musim ini terutama sekali dalam cabaran Liga Super.

“Saya rasa amat teruja dan gembira kerana dapat berada di sini (NSFC) dan dapati pasukan ini bermain dengan baik musim ini.

“Justeru, saya bersedia untuk membantu pasukan ini meraih kejayaan yang cemerlang sepertimana ditetapkan musim ini. Pengalaman beraksi dengan beberapa pasukan dalam Liga M sebelum ini akan membantu saya untuk lebih memahami sejarah bola sepak di negara ini.

“Saya dapat jangkakan Negeri Sembilan mampu meraih keputusan yang baik dalam liga dan akan berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan terutama dalam membantu membuat jaringan gol untuk kemenangan pasukan ini,” katanya di sini, hari ini menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, pemain berusia 31 tahun itu juga sedia menunjukkan sikap dedikasi dan cara profesional yang baik selaku pemain bola sepak untuk Negeri Sembilan selain berusaha membentuk gandingan mantap bersama pemain lain di bahagian tengah serta serangan.

“Saya akan bekerja keras untuk mencabar kemampuan diri sama ada dalam latihan mahupun perlawanan dan mahu cepat membentuk keserasian yang baik dengan pemain lain berikutan tempoh yang singkat sebelum perlawanan menentang Melaka United, Sabtu ini.

“Malah, komitmen 100 peratus akan saya berikan kepada pasukan dalam setiap perlawanan dan berharap penyokong akan memberikan sokongan berterusan kepada pasukan ini,” katanya.

Yashir bakal memulakan tugas pertama beliau untuk membantu Negeri Sembilan dalam perlawanan menentang Melaka United pada Sabtu ini.

Jelas pemain kelahiran Santiago, Chile itu, beliau mengakui pengalaman beraksi beberapa tahun lalu bersama Melaka United bakal dijadikan sebagai pengalaman untuk mengatasi mereka biarpun sedar kebanyak pemain dan taktikal kelab tersebut sudah banyak berubah.

“Saya berharap dapat diturunkan beraksi menentan Melaka pada Sabtu ini dan mahu membantu pasukan mencapai kemenangan,” katanya yang jelas gembira dengan sikap penyokong Negeri Sembilan kerana sentiasa tampil memberikan sokongan padu kepada pasukan itu dalam setiap perlawanan.

Untuk rekod, Yashir merupakan bekas pemain kebangsaan untuk Palestin dan pasukan terakhir beliau sebelum menyertai Negeri Sembilan ialah Khon Kaen United di Thailand.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN