Atas Titah Tuanku Sultan – TMJ Kembali Menguruskan JDT

Setelah Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengatakan baginda mahu berundur diri daripada menguruskan hal bola sepak bersama Johor Darul Ta’zim seketika, tampil pelbagai reaksi daripada para penyokong bola sepak negara mengenai perkara tersebut.

Ketika itu TMJ menyatakan pengunduran diri baginda kerana faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook Johor Southern Tiger ketika itu, baginda telah menyerahkan segala urusan berkenaan kelab kepada pengurusan tertinggi sebagai pengganti TMJ.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” jelas kenyataan tersebut.

Namun sebentar tadi, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor apabila Duli Yang Maha Mulia Suktan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar TMJ terus menerajui JDT dalam usaha untuk memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah bertitat pada hari ini 16 Jun 2022 berkenan supaya Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja, terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT bagi memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, baginda juga telah melantik TMJ sebagai Waris Takhta Kerajaan Johor iaitu selaku Pemangku Raja bagi negeri Johor pada hari ini sebentar tadi menerusi satu kenyataan yang lain.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zom dengan pesertaan Jumaah Majli DiRaja dan dengan kuasa dan kehendak Fasal 9 (1) (C) dan (3) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 telah suka dan berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja bagi Negeri Johor Darul Ta’zim pada hari Khamis, 16 Jun 2022 bersamaan 16 Zulkaedah 1443 Hijrah di Istana Bukit Serene.”

Menerusi gelaran tersebut, TMJ juga telah diberi gelaran kehormatan baharu sebagai Pemangku Raja iaitu, Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Ismail Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Gelaran tersebut juga bakal digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk hal persuratan, ucapan, serta doa.

Maka kini TMJ bakal mempunyai tanggungjawab lebih besar selaku seorang pemimpin buat rakyat serta menguruskan kelab bola sepak milik baginda agar terus berkembang dan dikenali dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN