Secara Matematiknya, Pulau Pinang Sah Jatuh Ke Liga Perdana !

Pulau Pinang

Dari November 2016 lagi penyokong sudah nampak kekalutan serta betapa pincangnya persiapan pasukan Liga Super Pulau Pinang bagi musim 2017 dari segi pengurusan, kejurulatihan sehinggalah ke senarai pemain.

Bila langkah permulaan penyokong bersuara secara lantang melalui kritikan di media sosial berterusan sehingga demonstrasi, mengusulkan memorandum kepada Ketua Menteri yang memandang enteng helaian kertas “berisi” serta luahan menerusi media cetak dan elektronik hingga membawa rusuhan besar di Stadium Negeri Batu Kawan, dikatakan penyokong tidak profesional dan jumud.

Diceritakan pula oleh “kepala” persatuan bahawa penyokong sebenarnya kurang memahami visi serta misi persatuan yang kononnya sedang membina masa depan” untuk bolasepak negeri dan negara padahal ia sebenarnya sebuah perancangan yang menuju ke arah kehancuran selepas aib.

Kecetekan “ilmu” seorang politikus sedang mencari landasan pungutan suara undi tanda “X” di peti undi dalam arena politikal yang menjadi “forte” atau “sumber pendapatan” beliau terbukti dek prasangka awal para penyokong.

Sikap “bodoh sombong” serta “egois” seorang pemimpin yang bergelar wakil rakyat inilah yang menyaksikan penyokong, peminat skuad Harimau Kumbang terpaksa menelan kehancuran pasukan yang dibina semula setelah episod hitam yang melanda sukan bolasepak ini setelah “sinar” kebangkitan mula terbina sejak tahun 2013.

Bertambah parah serta menyakitkan apabila individu berpengalaman dalam “gelanggang” bolasepak di negeri serta mempunyai visual tentang bolasepak negara yang diharapkan membantu “kepala” persatuan dipilih menduduki kerusi kedua dan ketiga tertinggi dalam hieraki sebuah persatuan sebenarnya tidak lebih kepada “penumpang” dan ada diantaranya menangguk di air keruh bagi kepentingan peribadi bagi mengejar “kedudukan” kerusi di Kelana Jaya.

Hakikat yang sangat berat untuk diterima namun inilah realiti yang dihadapi. Seluruh penyokong bolasepak Pulau Pinang sedang bingung dan sakit hati tentang sikap pengurusan yang gagal mendengar keluh kesah serta idea dari sudut “pemegang taruh” yang besar bagi sesebuah pasukan bolasepak.

Andaikata suara penyokong “marhaen” ini diambil kira secara serius, sebenarnya Skuad Harimau Kumbang masih mampu memberi saingan sehingga ke hujung liga untuk sekurang-kurangnya belajar dari kesilapan musim lalu yang penuh dengan “masalah” serta “kejutan budaya” tentang saingan Liga Super 2016.

Ura-ura tiada penyingkiran kerana format baharu untuk penambahan pasukan untuk saingan musim 2018 itu adalah omongan serta ceritera sesetengah pihak bagi “menjaga” hati serta air muka “si muka tembok” yang sedang bermain wayang dengan situasi yang berlaku sekarang.

Percayalah membina kejayaan itu tidak mudah dan ianya mengambil masa yang sangat panjang dan kadangkala pengorbanan yg berlaku untuk kejayaan ini sangat bernilai dan menyentuh hati sesetengah pihak hingga meninggalkan kesan yg sangat dalam untuk dibawa hingga ke akhir hayat namun untuk membinasakan.

Tidak susah hanya perlu berfikir dan bertindak seperti yang dilakukan oleh “sang durjana” yang sedang mengepalai Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang bersama “Sang Tunggul” yang mengapitnya dikiri dan kanan.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Zam Ibrahim. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Kredit foto : ESPN FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN