Chester Mencari Pengurus Baru Melalui Laman Web Rasmi Kelab

Perkara biasa jika sesebuah organisasi mengiklankan jawatan kosong tersebut di laman web. Tetapi, ia jarang berlaku bagi mana-mana kelab bola sepak.

Kelab National League, Chester menggunakan cara luar biasa dengan mengumumkan jawatan kosong pengurus kelab di laman web!

Sebelum ini, Chester sudah menyingkirkan pengurusnya, Jon McCarthy pada 31 Ogos lalu.

Syarat-syarat

Antara syarat utama kelayakan pengurus ialah berpengetahuan luas mengenai National League. Selain itu, mampu menguruskan kelab yang mempunyai peruntukan kewangan kecil.

Malah, kelab itu mahukan seseorang yang komited dengan komuniti sekitar Chester. Tetapi kelab akan memberikan gaji berdasarkan pengalaman.

Tetapi bukanlah pengalaman berdasarkan bermain permainan Football Manager.

Anda boleh melihat iklan ini di pautan: http://www.chesterfc.com/2017/09/07/vacancy-first-team-manager/

Chester sudah menutup permohonan pada 13 September yang lalu sebenarnya. Setelah beberapa temuduga bersama CEO kelab, mereka memilih Marcus Bignot.

Marcus Bignot, terpilih menjadi pengurus baru Chester. Sumber: Grimsby Telegraph.

Marcus Bignot merupakan bekas pengurus bagi Grimsby Town yang kini bermain di EFL League Two.

Kisah sejarah Chester

Logo Chester City sebelum ditutup pada 2010. Sumber: Footballcrests.com

Chester ditubuhkan bagi menggantikan oleh penyokong kelab Chester City. Chester City ditutup pada 2010 kerana masalah kewangan yang serius.

Organisasi penyokong yang dikenali City Fans United (CFU) mengambil keputusan membentuk kelab baru. Malah, FA Inggeris memberikan peluang kepada mana-mana kelab untuk menjadi kelab utama di bandaraya Chester itu.

Akhirnya langkah demi langkah, Chester bermula di Northern Premier League (Divisyen 8) pada musim 2010-11. Selepas beberapa kali siri ‘promotion’, mereka naik ke National League (kini dikenali sebagai National League) pada 2013-14.

Sehingga hari ini mereka masih bermain di National League.

Sumber:

  1. Chester City (2017): Advert: First team manager; http://www.chesterfc.com/2017/09/07/vacancy-first-team-manager/
  2. BBC Sports (2017): Marcus Bignot: Chester appoint ex-Grimsby Town boss as new manager; http://www.bbc.com/sport/football/41336674
  3. Chester FC (2017): Chester FC history; http://www.chesterfc.com/about/history/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN