Ethan Ampadu Jadi Pemain Termuda Beraksi Buat Chelsea Dalam Tempoh 10 Tahun Ini

Ethan Ampadu

Pemain muda, Ethan Ampadu berjaya membuat penampilan sulungnya bersama Chelsea pada perlawanan menentang Nottingham Forest dalam saingan Piala Carabao pagi tadi.

Penampilan sulung tersebut menjadikan pemain berusia 17 tahun 6 hari  itu sebagai pemain termuda yang beraksi buat Chelsea dalam tempoh 10 tahun ini.

Ethan Ampadu yang direkrut dari Exeter City pada awal musim ini menjadi salah seorang daripada 10 pemain termuda dalam sejarah pasukan Chelsea setelah diberi peluang beraksi apabila menggantikan Cesc Fabregas minit ke-55 sewaktu The Blues sedang mendahului Forest dengan kedudukan 4-0.

Ethan Ampadu
LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 20: Ethan Ampudu of Chelsea substitutes Cesc Fabregas of Chelsea to make his debut during the Carabao Cup Third Round match between Chelsea and Nottingham Forest at Stamford Bridge on September 20, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Pemain yang lahir 14 September 2000 itu pernah mendapat perhatian dari ketua jurulatih skuad kebangsaan Wales, Chris Coleman untuk menyertai skuad senior bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia menentang Serbia.

Micheal Woods merupakan pemain termuda terakhir sebelum Ampudu yang beraksi buat Chelsea pada tahun 2007 ketika membantu Chelsea menumpaskan Macclesfield Town 6-1 dalam pusingan ketiga Piala FA, sewaktu itu Wood berusia 16 tahun 275 hari. Woods dimasukkan pada minit ke-79 bagi menggantikan pertahanan kiri, Ashley Cole.

Sementara itu rekod pemain termuda Chelsea masih dipegang Ian Hamilton apabila beraksi ketika berusia 16 tahun 138 hari pada tahun 1967. Rekod tersebut masih bertahan hingga ke hari ini.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pemain muda Chelsea, Charly Musonda berjaya menghasilkan jaringan pertama peribadi beliau bersama skuad senior Chelsea  dalam penampilan ketiganya setelah meledakkan jaringan ke-3 Chelsea ketika permainan babak pertama hanya berbaki 5 minit.

Aksi sulung Ampadu bersama Chelsea 

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-my/news/ethan-ampadu-becomes-youngest-chelsea-player-in-over-a/bc21v7w4akx81wegeigdlwkge

The Sun (2017) https://www.thesun.co.uk/sport/football/4511097/chelsea-ethan-ampadu-history-books-carabao-cup-nottingham-forest/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN