Sebuah Kelab Thai League 1 Cuba Pancing Diogo Daripada JDT?

Diogo Luis Santo JDT 2020 Training

Satu laman Twitter berkaitan bola sepak Thailand, All Things Thai Football (ATTF) malam tadi mendedahkan bahawa penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo sedang cuba dipancing oleh sebuah kelab berpengaruh di Thai League 1.

Tidak mendedahkan perincian mendalam mengenai kelab tersebut, ATTF dilihat cuma menyatakan yang kelab tersebut merupakan gergasi di Thai League dan lokasinya adalah di Bangkok. Kelab manakah yang didakwa telah menghubungi JDT itu?

Hanya terdapat enam buah kelab daripada kawasan Bangkok yang bersaing di Thai League 1 musim 2020 iaitu juara empat kali liga, Muangthong United, Bangkok FC, BG Pathum United, Samut Prakan City, Police Tero FC dan juara Piala FA 2019, Port FC.

Jika gergasi Thai League 1 diterjemahkan, mungkinkah Muangthong United yang telah membuat tawaran tersebut? Namun, dikhabarkan agak mustahil untuk kelab tersebut memiliki sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan tandatangan Diogo.

Dengan prestasi baiknya di JDT pada musim lalu dan penyerang import tunggal untuk kelab tersebut, Diogo ketika ini bukanlah seorang pemain yang murah walaupun sudah agak berusia. Musim lalu, Diogo telah meledak 14 gol buat Harimau Selatan.

Maklumat kedua yang dinyatakan adalah JDT sedang melihat kepada kemungkinan untuk membawa masuk pemain skuad kebangsaan Thailand ke dalam pasukan, sambil meninggalkan persoalan, pertukaran pemain antara kedua-dua kelab?

Sekiranya kelab tersebut adalah Muangthong United, siapakah pemain skuad kebangsaan Thailand yang berada di dalam skuad The Kirins itu? Sekiranya Diogo dilepaskan, sudah tentu JDT juga mahukan seorang penyerang sebagai pengganti.

JDT tiada masalah di posisi lain dengan jentera tengah juga sudah penuh dengan pemain berkualiti. Jadi, jika Diogo melangkah keluar, jentera serangan sudah tentu akan diisi semula dan mungkinkah pemain tersebut daripada pertukaran itu?

Ketika ini hanya ada seorang penyerang tempatan di Muangthong United iaitu Adisak Kraisorn yang musim ini dipinjamkan kepada Port FC. Beliau merupakan penyerang Gajah Perang yang layak ke pusingan 16 terbaik di kejohanan Piala Asia 2019.

Namun, masalah utama Adisak Kraisorn sehingga dipinjamkan kepada Port FC adalah kecederaan panjang dan berulang, malah pada musim lalu beliau hanya merekodkan 813 minit permainan sepanjang musim. Jadi, satu pertukaran yang mustahil.

Walaubagaimanapun, semua ini hanyalah khabar angin dan sekiranya benar sekalipun, kedua-dua kelab ini pasti akan mengumumkan mengenainya dalam masa terdekat sebelum Thai League bermula semula dijangkakan pada September depan.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel lain mengenai Diogo dan JDT:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN