Quantcast

LIGA MALAYSIA

RASMI: Diogo Luis Santo Sah Sertai Johor Darul Ta’zim

Kini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah punya pemain baharu!

Mereka kini telah mengumumkan kehadiran pemain import baharu iaitu Diogo Luis Santo dari Brazil.

Penyertaan pemain import itu ke JDT dianggap sebagai perpindahan yang berprofil tinggi kerana Santo sebelum ini merupakan bekas pemain kelab ternama Thailand iaitu Buriram United.

Menurut laman Transfermrkt, pemain yang berusia 31 tahun ini bermain di posisi sebagai penyerang.

Berketinggian 182 sentimeter, rekod beliau bersama Buriram United cukup baik sejak menyertai pasukan itu pada penghujung 2014 dari Palmeiras.

Beliau menjaringkan 119 gol daripada 139 penampilan sambil turut mencatatkan 33 bantuan gol untuk pasukan tersebut.

Rekod yang ada pada pemain ini juga bukanlah biasa-biasa, selain beraksi di Brazil bersama pasukan seperti Flamengo dan Santos, beliau turut pernah bermain di Eropah.

Santo pernah beraksi bersama-sama dengan Olympiakos di Greece dan mencatatkan 78 penampilan bersama mereka dan menjaringkan 23 gol.

Beliau juga turut mempunyai pengalaman beraksi di peringkat tertinggi Eropah apabila bermain di UEFA Champions League dengan menjaringkan 1 gol ketika pusingan kelayakan.

Selain itu beliau pernah menjaringkan 2 gol dalam pusingan kelayakan Europa League.

Sempena dengan pengesahan Santo sebagai pemain JDT, laman JOHOR Southern Tigers menghasilkan video pengumuman ketibaan pemain tersebut ke Larkin.

Anda boleh tonton itu di bawah ini.

Welcome to JDT. Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, January 2, 2019

Penyokong JDT seharusnya teruja dengan kehadiran beliau dengan rekod jaringan yang beliau miliki di Thailand.

Semoga Santo dapat memberikan lagi kemeriahan dalam Liga Malaysia musim ini.