Sebelum Dilantik, Dickson Nwakaeme Memang Seperti Seorang Kapten

Dickson Nwakaeme Pahang 2020

Penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme telah dilantik sebagai kapten untuk saingan CIMB Liga Super 2020 selepas Tok Gajah hilang khidmat bek kanan, Matthew Davies yang berhijrah menyertai juara bertahan, Johor Darul a’zim (JDT).

Dipetik berkata kepada The Star, pemain berusia 33 tahun itu menyatakan yang waima sebelum dilantik sebagai kapten, beliau sudah pun ‘membuat’ tugas-tugas seperti ketua pasukan antaranya menjadi ‘suara’ untuk pemain-pemain.

Ini menjadikannya tidak kekok selepas pengendali pasukan, Dollah Salleh mengambil keputusan untuk memberikannya ‘armband’ ketua pasukan pada musim ini.

“Saya sentiasa bersemangat dan sangat cintakan pasukan hebat ini. Ianya lebih daripada sekadar pasukan bola sepak, pada saya, ia umpama keluarga, seperti kita sedang membantu menjalankan bisnes keluarga,” ujar Dickson Nwakaeme.

“Perbezaan untuk musim ini adalah saya kini memakai ‘armband’ kapten. Sejak dari awal saya bermain dengan Pahang, saya sentiasa berjuang seperti seorang kapten, selalu membantu dan menjadi mentor kepada pemain-pemain muda.

“Saya sentiasa menjadi ‘suara’ kepada pemain-pemain Pahang,” tambah Dickson Nwakaeme lagi sambil menjelaskan beliau menggalas tanggungjawab berat kali ini.

“Ketika ini, saya cuba untuk turun ke padang latihan lebih awal. Saya tidak mahu memberikan contoh tidak baik kepada pemain-pemain lain,” tegasnya lagi.

Berdasarkan apa yang telah dipamerkan Dickson Nwakaeme selepas empat perlawanan liga, peranan baharunya itu seakan-akan memberikan semangat baharu buatnya apabila telah meledak dua gol peribadi dalam tiga perlawanan.

Bercakap mengenai pasukan Pahang musim ini, pemain yang pernah berkelana ke Ligue 1 (Liga Perancis) itu menyatakan pada awalnya beliau seakan-akan tiada keyakinan apabila melihat banyak pemain muda berada dalam skuadnya.

Malah, beliau yang tiba lewat untuk menyertai sesi pra-musim Tok Gajah itu turut berbincang bersama Dollah Salleh dan Mohamadou Sumareh mengenai nasib mereka dalam saingan liga musim ini, yang menurutnya akan ‘sengsara’.

Kehilangan beberapa tonggak utama pasukan malah kemudian dikejutkan dengan pemergian kapten, Matthew Davies, telah membuatkannya berfikiran sebegitu.

“Saya jangkakan ia akan menjadi musim sukar buat kami kerana ketika saya tiba, saya telah bercakap dengan jurulatih dan Mo [Sumareh] yang kita akan melalui saat sukar apabila terlalu ramai pemain mudaberada di dalam pasukan,” ujarnya.

“Namun, selepas melihat aksi mereka, saya telah menyatakan kepada Mo yang kita akan okay. Pemian-pemain muda ini telah beraksi sangat baik dalam perlawanan awal liga,” tambahnya lagi sambil menyatakan kekagumannya kepada mereka.

KREDIT FEATURED IMAGE: PAHANG FA

Baca artikel lain kami mengenai Dickson Nwakaeme:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN