Quantcast

BERITA

Penyokong Angers SCO Anggap Liridon Krasniqi, ‘The New Dickson Nwakaeme’

Laman Facebook penyokong Angers SCO, Incroyable Angers SCO – IASCO, telah memuat naik berita mengenai kehadiran pemain import Kedah, Liridon Krasniqi dalam sesi pemilihan di kelab tersebut.

Dapat dilihat daripada komen pada berita yang dimuat naik itu, rata-rata penyokong Angers SCO seakan-akan kurang bersetuju sekiranya kelab berminat untuk meneruskan niat mereka.

‚óŹ ūüϧ – LIRIDON KRASNIQI √Ä L'ESSAI AU SCO ! ‚óŹLiridon Krasniqi (1m90, 88 kg) a √©t√© mis √† l'essai hier matin face au SO…

Posted by Incroyable Angers SCO – IASCO on Sunday, January 7, 2018

Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada pemilik akaun facebook Fran√ßois Albert yang menulis, “Dickson Nwakaeme yang baru!”

Seorang lagi penyokong Angers SCO iaitu¬†Brun Eau pula dilihat menulis, “Seorang lagi pemain yang tidak dikenali datang…pfff..menyedihkan.”

Andre Foot pula menulis, “Apabila anda di tahap CFA (Liga Amatur di Perancis), anda semestinya berjaya di Liga Malaysia, tetapi untuk bermain di Ligue 1, anda adalah Dickson yang baharu.”

Itu adalah sebahagian daripada komen-komen para penyokong kelab yang berpengkalan di Perancis itu. Dan lebih menarik, terdapat juga penyokong Kedah yang turut dilihat mencoretkan komen-komen positif.

Antaranya komen daripada Mohd Nabil, “Pemain terbaik di Malaysia. Jika anda mahukan Liridon menjaringkan gol pasti sukar, tetapi dia memiliki skil yang bagus dan selalu melakukan bantuan gol.”

Matnez KHai pula menyatakan, “Seorang pemain yang bagus, penuh dengan skil tetapi agak perlahan. Seorang pemain tengah, tidak terlalu fizikal, mempunyai teknik yang baik dan banyak melakukan bantuan gol.”

Para penyokong kelab yang mendapat jolokan¬†Les Sco√Įstes itu dilihat sentiasa mengaitkan berita ini dengan Dickson Nwakaeme, bekas penyerang import Pahang yang pernah beraksi di kelab mereka.

Ini kerana, kehadiran Nwakaeme di Angers SCO boleh dianggap sebagai satu kegagalan. Penampilan pertamanya bersama kelab pasti akan sentiasa diingati oleh para penyokong dan juga Nwakaeme sendiri.

Foto: Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my

Pada 24 September 2016, penyerang bertubuh sasa itu telah menjaringkan gol sendiri ketika kelabnya itu tewas 1-2 kepada AS Monaco, dalam perlawanan liga.

Kontraknya ditamatkan selepas semusim bersama Angers SCO dan kini dikhabarkan akan kembali berkelana ke Liga Malaysia (Liga M) untuk musim depan.

Liridon dikaitkan dengan perpindahan ke kelab tersebut pada minggu lalu dan dengan kontraknya masih berbaki setahun, Angers SCO mungkin terpaksa menebus kontraknya.

Perkembangan terbaharu yang dilaporkan oleh Bernama, Liridon akan menyertai skuad Lang Merah di Surabaya pada hari terakhir kejohanan Piala Super Suramadu.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!