“Sebagai Jurulatih, Saya Juga Ada Matlamat Tersendiri” – Kim Pan-gon

Kim Pan-gon selaku pengendali utama skuaf kebangsaan idamkan kemenangan pada aksi malam esok menentang tuan rumah, Singapura di Stadium Nasional setelah masih segar mencatat keputusan positif sebelum itu menentang Filipina pada perlawanan pertama.

Menurut pengendali dari Korea Selatan itu, beliau akui kedua pasukan negara tersebut mempunyai sejarah pertemuan yang sangat menarik dan mahu para pemain kendaliannya berada dalam momentum yang terbaik seperti mana yang dibuat ketika mereka menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0 pada hari Rabu lalu.

Tambah Pan Gon, jelas beliau mahu para pemain mempamerkan aksi yang bersungguh-sungguh agar sebarang penilaian dapat dibuat sebaik mungkin buat mereka berdasarkan siri perlawanan persahabatan ini.

Walaupun begitu, bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu juga mahu skuad kebangsaan terus melakar kemenangan menentang Singapura agar motivasi para pemain berada pada tahap yang bagus menjelang aksi penting dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal membuka tirai pada Jun nanti.

“Saya baru saja ambil alih pasukan dan kami sudah melalui beberapa sesi latihan serta aksi persahabatan (menentang Filipina) sebelum ini. Ini adalah aksi perlawanan kedua dan objektif ke sini (Singapura) adalah untuk menilai kemampuan semua pemain.

“Ia juga sebagai medan untuk melihat kefahaman taktikal dan eksperimen. Ya saya sedar perlawanan malam esok juga penting dan sebagai jurulatih saya juga ada matlamat sendiri.

“Apa yang saya tahu ia satu aksi derby dan sangat penting, namun perkara paling mustahak adalah menyediakan pasukan untuk Kelayakan Piala Asia dan Piala AFF.

“Kita cuba bentuk pasukan dengan asas terbaik serta cuba memberi kefahaman yang jelas tentang taktikal dan teknikal permainan yang kita mahukan,” katanya pada sidang media pra perlawanan hari ini menerusi Harian Metro.

Jika dilihat pada rekod perlawanan lalu, pertemuan kedua pasukan ini jelas memihak kepada Malaysia apabila daripada 68 kali pertemuan, skuad kebangsaan telah melakar 26 kali kemenangan atas Singapura dan ini bakal menjadi cabaran buat mereka untuk meneruskan momentum positif tersebut.

Berbanding tuan rumah iaitu Singapura, skuad ini hanya meraih 20 kemenangan dan selebihnya mencatat keputusan seri sejak kali pertama bertemu Malaysia pada tahun 1967 dan dijangka bakal memberi saingan sengit buat Malaysia dalam aksi pertama tahun ini malam esok.

Dalam masa sama, ketika ditanya jika ada pemain yang mengalami kecederaan setelah selesai mengharungi perlawanan pertama itu, jelas Pan Gon ada beberapa anak buahnya yang mengalami sedikit kecederaan ringan selepas aksi menentang Filipina.

“Ada yang alami (kecederaan) tapi tidak serius dan sudah tentu kita sedang beri rawatan dan lindungi sebaiknya pemain kita dan kita akan lihat serta ikuti perkembangan laporan dari pasukan perubatan, tapi ia bukan sesuatu yang serius,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN