Langgan Sports Pack Astro & Anda Berpeluang Menang Yamaha R25!

Tahun 2022 semakin menghampiri bulan April dan setakat ini sahaja telah diadakan pelbagai acara-acara sukan yang menarik di seluruh dunia.

Tidak kira di peringkat tempatan dan antarabangsa, setiap kejohanan ini pastinya memberikan debaran dan drama kepada anda setiap kali mengikutinya.

Disaat kita semua telah dilimpahkan dengan pelbagai aksi sukan menarik, akan ada lagi yang bakal tiba!

2022 tahun yang mengujakan

Disaat bahagian awal 2022 menyajikan kepada kita dengan pelbagai aksi sukan yang mantap, semua itu akan diteruskan sepanjang tahun pada bulan-bulan mendatang.

Peminat sukan tempatan pastinya akan teruja untuk menyaksikan aksi-aksi atlet negara kita yang akan berjuang di Sukan SEA Hanoi serta Sukan Asia Hangzhou pada Mei dan September ini.

Bukan setakat atlet-atlet kita dari sukan-sukan lain, tetapi aksi skuad Harimau Malaya juga dapat kita saksikan dalam dua temasya sukan yang penuh berprestij itu.

Itu persembahan pada pertengahan tahun, di penghujung 2022 pastinya peminat bola sepak tak sabar-sabar untuk menyaksikan bintang-bintang kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sports Pack Astro
Kylian Mbappe of France during the World Cup Final match between France and Croatia at Luzhniki Stadium on July 15, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images)

Adakah bintang-bintang lebih senior seperti Lionel Messi dan Neymar akan menjulang kejuaraan ni atau generasi baharu yang diketuai Kylian Mbappe akan terus membayangi mereka?

Atau pun, adakah England akan akhirnya membawa pulang bola sepak ke rumah? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti!

Langgan Sport Pack Astro, boleh menang moto!

“Saya menang moto”, itulah ungkapan yang akan anda ungkapkan apabila diumumkan sebagai pemenang Yamaha YZF-R25 selepas melanggan Sports Pack Astro nanti!

Ya benar, anda kini berpeluang untuk memenangi model motosikal yang cukup mempesonakan itu apabila melanggan Sports Pack Astro pada masa terhad!

Bukan itu saja, pelbagai hadiah menarik yang turut menanti seperti percutian golf, tiket ke acara sukan berprestij serta jersi yang ditantangan khas oleh atlet terkemuka!

Dengan hanya RM89.99 sebulan, anda bukan saja akan disajikan dengan aksi-aksi sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Dunia 2022 sahaja, tetapi Premier League, UEFA Champions League serta banyak lagi perlawanan bola sepak berkualiti tinggi akan disajikan secara langsung!

Tak cukup dengan itu semua? Sports Pack Astro ada lagi, anda juga boleh layan perlumbaan MotoGP dan juga Formula 1 yang penuh drama serta pukulan-pukulan kencang pemain tenis handalan dunia dalam siri kejuaraan Grand Slam sepanjang tahun.

Sports Pack Astro

Dengan siaran langsung yang dibawakan secara komprehensif dan disiarkan dalam definisi 4K UHD, mata akan pastinya akan dijamu dengan keindahan aksi sukan yang begitu ‘real’ seolah-olah anda berada di stadium atau arena.

Malah dengan setiap langganan Sports Pack Astro, ia akan didatangkan sekali dengan Ultra Box dan juga jalur lebar (broadband) kepada anda. Lepas ni, tak perlu pening nak pilih Astro atau langgan internet saja.

Lebih menarik, anda juga akan memperoleh akses untuk tonton aksi-aksi ini dimana-mana saja menerusi aplikasi AstroGo.

Malah, untuk tempoh terhad, anda akan memperoleh akses percuma selama 60 hari sebaik saja anda mengesahkan langganan anda. Menarik bukan?

Apa tunggu lagi? Dapatkan segera Sports Pack Astro dan hidupkan 2022 anda dengan drama-drama hebat dari arena sukan!

Hubungi Astro menerusi WhatsApp dengan klik di sini atau layari laman sesawang Astro untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai promosi ini.





Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN