Giggs, Lahm Antara 5 Pemain Yang Tak Pernah Terima Layangan Kad Merah

Kad kuning dan kad merah sememangnya sukar untuk dipisahkan dari mana-mana pemain dalam dunia bola sepak profesional.

Para pemain sukar sebenarnya untuk mengelak dari melakukan kekasaran atau melanggar peraturan sedia ada yang menyebabkan mereka bakal dihukum.

Atas alasan itu jugalah mengapa ramai pemain dalam dunia bola sepak hari ini, setidak-tidaknya pernah sekali menerima kad kuning atau merah sepanjang karier mereka.

Untuk menemui pemain yang mampu mengakhiri karier mereka tanpa menerima sebarang kad merah ia merupakan satu hal yang sungguh luar biasa ajaib.

Sangat sukar sebenarnya untuk mencari pemain yang bersara dengan rekod bersih tanpa menerima kad merah dan ada yang kini sudah di hujung kariernya, namun masih tak pernah dibuang padang.

Berikut merupakan senarai pemain bintang, yang tidak pernah dilayangkan kad merah sepanjang karier profesional mereka.

1) Raul Gonzalez

Raul Gonzalez tidak dinafikan lagi sememangnya antara legenda terhebat yang pernah beraksi bersama Real Madrid.

Beliau beraksi bersama Real Madrid selama 16 tahun dari tahun 1994 hingga 2010 dan turut membuat 741 penampilan bersama skuad Los Blancos.

Secara keseluruhannya, beliau telah membuat 1044 penampilan sebagai pemain bola sepak profesional, dengan 942 penampilan di peringkat kelab dan 102 penampilan di pentas bola sepak antarabangsa.

Agak menakjubkan untuk melihat walau beliau sudah tampil membuat lebih 1000 penampilan, namun tak pernah sekalipun dilayangkan kad merah ketika kariernya.

2) Philipp Lahm

Legenda bola sepak Jerman, Philipp Lahm merupakan seorang lagi pemain yang ada dalam senarai ini, dengan beliau merupakan antara pemain yang bersara tanpa pernah dilayangkan kad merah.

Lebih menarik lagi, beliau merupakan satu-satunya pemain Jerman yang ada dalam senarai ini, dengan Lahm secara keseluruhannya telah membuat 765 penampilan sebagai pemain bola sepak profesional.

Dari 765 penampilan, beliau membuat 652 penampilan di peringkat kelab dan 113 penampilan di pentas bola sepak antarabangsa.

https://twitter.com/realsoul027/status/1505226829438853125?t=OwGX8d77-Hb723cIEr2EJg&s=19

Walaupun pemain kebangsaan Jerman itu kerap dilayangkan kad kuning (60 kad kuning) ketika kariernya, namun beliau langsung tak pernah menerima kad merah.

3) Ryan Giggs

Legenda Manchester United dan Wales, Ryan Giggs memiliki rekod sebagai pemain paling banyak membuat penampilan bersama Red Devils (963 penampilan) sepanjang kariernya di Old Trafford.

Beliau beraksi bersama Manchester United dari tahun 1991 hingga 2014 sebelum bersara sebagai pemain dan walau beliau menikmati karier yang panjang, namun Giggs tak pernah sekalipun dilayangkan kad merah ketika kariernya sebagai pemain.

Legenda Wales itu merupakan antara pemain paling ‘decorated’ dalam sejarah kelab, dengan beliau pernah membantu kelab memenangi 13 gelaran Premier League, dua gelaran Champions League dan empat gelaran FA Cup.

4. Andres Iniesta

Legenda Barcelona, Andres Iniesta merupakan antara pemain yang sering dianggap sebagai pemain paling sopan dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau merupakan pemain Sepanyol kedua yang ada dalam senarai ini, dengan beliau kini sudah berusia 37 tahun, dan masih beraksi bersama Vissel Kobe di Jepun.

Beliau telah membuat 927 penampilan sepanjang kariernya setakat ini di peringkat kelab dan antarabangsa dan sangat menakjubkan untuk melihat beliau tak pernah menerima layangan kad merah sepanjang tempoh tersebut.

5) Gary Lineker

Gary Lineker masih lagi memegang rekod gol di pentas Piala Dunia dengan beliau juga merupakan satu-satunya pemain yang pernah menjadi penjaring terbanyak di England bersama tiga kelab berbeza.

Beliau pernah muncul sebagai penjaring terbanyak ketika beraksi bersama Leicester City, Everton dan Tottenham Hotspur dan antara yang paling menarik tentangnya, beliau tak pernah menerima apa-apa kad amaran sepanjang kariernya.

 

Sepanjang 16 tahun kariernya, beliau tak pernah menerima apa-apa kad termasuk kad kuning dan merah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN