Senarai Pendek 5 Calon Pengurus Tetap Manchester United

Senarai pendek lima pengurus yang bakal menggantikan pengurus interim Man Utd, Ralf Rangnick pada musim ini telah didedahkan dengan Thomas Tuchel dan Erik Ten Hag dianggap sebagai calon terbaik.

Nama kedua-dua pengurus itu diletakkan dalam senarai teratas untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United yang baru bermula pada musim panas nanti.

Kembali pada November tahun lalu, Manchester United memutuskan untuk memecat pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer.

Pihak kelab kemudiannya melantik Michael Carrick untuk menjadi pengurus sementara, sebelum mengumumkan Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab sehingga akhir musim ini.

Bekas director of football RB Leipzig itu bakal menjadi pengurus interim sehingga akhir musim, kemudian beliau bakal memulakan tugas sebagai penasihat kelab selama dua tahun.

Pengurus dari Jerman itu juga dikatakan bakal memainkan peranan penting dalam perlantikkan pengurus baru serta penasihat berkait pembelian pemain.

Jadi sekarang siapa yang sedang Manchester United pantau pada ketika ini?

Laporan terbaru dari The Guardian mendedahkan yang Red Devils pada ketika ini sudah memiliki lima calon yang sudah disenarai pendekkan untuk dilantik menjadi pengurus tetap.

Thomas Tuchel, Erik Ten Hag, Julen Lopetegui, Mauricio Pochettino dan Luis Enrique merupakan lima nama yang kini sedang ada dalam radar Manchester United.

1) Thomas Tuchel

Situasi Thomas Tuchel di Stamford Bridge pada ketika ini sedikit tidak jelas dengan beliau kini merupakan antara pengurus paling bekerja keras dalam dunia bola sepak.

Ekoran dari keputusan kerajaan UK yang membekukan segala assets milik Roman Abramovich termasuk Chelsea FC, masa depan Tuchel kini nampak agak tidak terjamin.

Pengurus berusia 48 tahun itu berjaya membantu Chelsea untuk menjulang gelaran Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup musim lalu.

Beliau juga berjaya membawa The Blues untuk mara ke aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup, namun terpaksa akur tewas di tangan Liverpool.

Bekas pemain midfield Manchester United, Paul Scholes turut memilih antara Tuchel atau Antonio Conte sebagai calon kegemaran beliau untuk menjadi pengurus tetap Red Devils.

“Saya lebih memilih Conte atau Tuchel sekarang.”

Jelas Scholes kepada BT Sport.

“Sepertinya saya lihat dia (Tuchel) sudah tersedia pada penghujung tahun nanti. Kedua-dua mereka merupakan jurulatih terbaik dan elit yang saya rasakan boleh beri ketakutan kepada pemain dan yang paling penting boleh bagi kemenangan.”

“United jika bersama salah seorang dari dua pengurus itu akan jadi lebih bagus.”

Scholes bukanlah satu-satunya pemain yang mahukan Thomas Tuchel, dengan ramai lagi legenda United yang turut mencadangkan hal yang sama.

2) Mauricio Pochettino

Seorang lagi calon yang ada dalam senarai ini adalah Mauricio Pochettino yang dianggap sebagai calon kegemaran para pemain Man Utd pada ketika ini.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu hangat dikaitkan dengan bakal kembali ke saingan Premier League untuk mengendalikan Manchester United.

Legenda Man United, Sir Alex Ferguson sendiri dilaporkan sangat berminat dengan pengurus dari Argentina itu dan mahu beliau ke Old Trafford sebagai pengganti Ole Gunnar Solskjaer.

Memandangkan masa depan beliau di Parc des Princes pada ketika ini sedikit tidak jelas, sepertinya United sudah boleh memulakan langkah untuk berusaha mendapatkan khidmatnya.

Pochettino gagal untuk membimbing Paris Saint Germain dengan baik walau beliau sudah memiliki barisan pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Namun para pemain dari skuad Red Devils merasakan yang Pochettino merupakan individu terbaik yang layak untuk mengendalikan kelab sebagai pengganti Ole Gunnar Solskjaer.

3) Erik Ten Hag

Pengurus Ajax ini merupakan calon paling digemari ramai dengan para peminat Manchester United sememangnya sangat berharap agar beliau dilantik sebagai pengurus kelab selepas ini.

Beliau cemerlang membawa Ajax untuk mendominasi pentas saingan bola sepak Belanda, dan turut beraksi cemerlang dalam saingan Champions League.

Ten Hag sebelum ini dikatakan sedang belajar bahasa Inggeris supaya mudah untuk beliau berkomunikasi andai tiba di Old Trafford nanti.

Ketika ditanya adakah benar beliau belajar bahasa Inggeris kerana Man Utd, Ten Hag menegaskan beliau belajar kerana mahu berkomunikasi dengan pemain asing yang beraksi dalam saingan Eredivisie.

Ten Hag mungkin menolak segala dakwaan tersebut kerana menghormati Ajax sebagai majikan beliau pada ketika ini dan tak mustahil beliau akan pertimbangkan tawaran United andai wakil Premier League itu pergi berunding terus dengannya selepas ini.

4) Julen Lopetegui

Pengurus Sevilla ini turut ada dalam senarai pendek calon pengurus yang bakal dilantik sebagai pengurus Manchester United.

Beliau dikatakan merupakan antara calon kegemaran pimpinan kelab yang merasakan Julen Lopetegui merupakan individu terbaik dan paling layak untuk mengendalikan Manchester United.

Beliau sangat diharapkan dapat membentuk skuad yang mantap menggunakan barisan pemain sedia ada, tanpa perlu pihak kelab melabur banyak pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Walau nama beliau tidak begitu dikaitkan dengan kelab seperti nama Mauricio Pochettino dan Ten Hag, namun tidak akan mengejutkan andai pihak kelab terus berunding dengannya pada musim panas nanti.

5) Luis Enrique

Luis Enrique merupakan nama pengurus yang sudah ada dalam radar Man Utd sejak dari musim panas lalu lagi.

Ketika masa depan Ole Gunnar Solskjaer masih tidak jelas, pihak kelab sudah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat Enrique.

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, United dilaporkan sudah menghantar wakil untuk berunding dengannya, namun tiada kata sepakat yang berjaya dihasilkan.

Beliau merupakan calon paling sukar untuk United dapatkan memandangkan bekas pengurus Barcelona itu mahu menyiapkan skuad kebangsaan Sepanyol untuk aksi Piala Dunia Qatar nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN