Kepala Besar Maguire Hampir Patahkan Gigi Mahal Ronaldo

Harry Maguire secara tak sengaja telah menghantuk belakang kepalanya ke muka pemenang lima kali anugerah Ballon D’or, Cristiano Ronaldo ketika aksi bertemu Atletico Madrid awal pagi tadi.

Kepalanya yang besar itu hampir sahaja mematahkan gigi mahal Cristiano Ronaldo ketika mereka sedang bergelut menanti bola sepakan penjuru Manchester United.

The Red Devils berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika mereka bertemu Atletico Madrid dalam aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Wanda Metropolitano bulan lalu.

Walau bagaimanapun, dek kerana aksi tidak memuaskan yang mereka persembahkan di Old Trafford, skuad kendalian Ralf Rangnick itu terpaksa akur tewas 1-0 di tangan Atletico Madrid.

Kekalahan itu menyebabkan Man Utd tersingkir dari saingan Champions League musim ini dengan mereka merekodkan kekalahan 2-1 secara aggregate di tangan Atletico Madrid.

Gol jaringan Renan Lodi pada aksi babak pertama permainan berjaya memastikan kemenangan berpihak kepada Atletico Madrid.

Skuad Man Utd gagal untuk mencari gol penyamaan walaupun mereka memiliki begitu banyak kesempatan untuk menewaskan Oblak dalam perlawanan tersebut.

Ketua pasukan Man Utd itu membuatkan para peminat speechless selepas tular rakaman yang menunjukkan beliau secara tak sengaja menghantuk muka Cristiano Ronaldo.

Harry Maguire secara tak sengaja hampir patahkan gigi Ronaldo

Maguire sedang dalam usahanya untuk melepaskan diri dari kawalan Stefan Savic ketika Man Utd memenangi sepakan penjuru pada aksi babak kedua permainan.

Ketika sedang tolak menolak dengan Savic, entah bagaimana belakang kepalanya telah terhantuk dengan muka Cristiano Ronaldo yang berada di belakangnya.

Ronaldo sendiri dilihat memegang giginya ketika beliau bergerak ke arah bola dan jelas sekali ia kerana impak selepas terhantuk dengan kepala Maguire.

Beliau ketika itu hanya mahu berlindung di belakang Maguire dan mengelak dari pemain lawan untuk mengawalnya secara lebih dekat.

Walau bagaimanapun, malang untuk Ronaldo, bukan pemain lawan yang memberinya masalah, namun pelindung beliau sendiri yang huru-hara dan menghantuk mukanya ketika sedang bergelut menanti bola.

Peminat di media sosial speechless dah hanya mampu ketawa sahaja melihat insiden tersebut, dan mereka jelas menyalahkan Maguire kerana terlalu kelam kabut ketika berdepan kawalan tak seberapa dari pemain Atletico.

Ada juga yang berpendapat yang Maguire mungkin tak sedar kewujudan Cristiano Ronaldo dibelakangnya dan kerana itu beliau membiarkan kepalanya kebelakang hingga terkena muka bintang Portugal itu.

Kepala besar Maguire hampir patahkan gigi Ronaldo

Kenapa ada isu kepala Maguire besar?

Semuanya kerana salah seorang pengulas BBC Sport, Guy Mowbray dengan spontan telah menyebut yang Harry Maguire memiliki kepala yang besar dan hal itu mencuri perhatian peminat.

Tidak pasti apa yang cuba dimaksudkan oleh pengulas tersebut, yang pasti memang beliau ada menyebut Maguire memiliki kepala yang besar.

Kerana itu lah selepas insiden Maguire terhantuk dengan Cristiano Ronaldo, ramai peminat yang bergurau dengan menyatakan kepala besar Maguire hampir saja patahkan gigi mahal Cristiano Ronaldo.

Bercakap selepas tamat aksi kekalahan 1-0 di Old Trafford itu, pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick tampil menghentam pengadil, Slavko Vincic kerana beberapa keputusannya meragukan.

“Saya rasa kami bermain dengan sangat baik pada aksi babak pertama. Jelas sekali itu adalah apa yang memang kami mahu mainkan dengan tahap tenaga yang tinggi, tapi kami gagal menerjemahkannya kepada satu ke dua jaringan.”

Jelasnya kepada BT Sport.

“Ia sangat sukar pada aksi babak kedua dan sering diganggu. Memang akan sentiasa ada seseorang yang terbaring di bawah. Saya juga akan kata yang ada beberapa keputusan pengadil yang meragukan.”

“Saya tak kata yang mereka terlalu tegas, tapi setidak-tidaknya dia nampak yang terlalu kerap mereka buang masa dan empat minit masa tambahan adalah satu gurauan bagi saya.”

“Kami tahu mereka bagus ketika bertahan. Kami ada satu ke dua detik pada aksi babak kedua dan penjaga gol dia beraksi cemerlang untuk selamatkan percubaan itu. Kami sedar yang bertemu pasukan ini, kita perlu jaringkan gol terlebih dahulu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN