Kekalahan 6-0 di tangan Bangladesh malam semalam telah menyebabkan skuad wanita negara teruk dihentam oleh para peminat.
Ada peminat yang menganggap bahawa keputusan menghantar skuad wanita hanyalah hal yang sia-sia dan sekadar satu pembaziran.
Pelbagai lagi komen negatif lain yang turut dilemparkan kepada para pemain kerana mencatatkan kekalahan besar bertemu Bangladesh itu.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Khamis, 23 Jun 2022
BANGLADESH 🇧🇩 6-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽ Mossamat Akhi Khatun 9' 29' Sabina Khatun 25' Mossamat Sirat Jahan 44' Monika Chakma 66' Srimoti Krishnarani 73'#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/Z8oZ6PlYEV
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 23, 2022
Walau bagaimanapun, adalah ia adil untuk skuad wanita negara? Adakah mereka berhak untuk dikecam dan dimaki?
Tempoh persiapan terlalu singkat
Skuad wanita negara hanya memiliki tempoh persiapan satu minggu sahaja sebelum aksi perlawanan persahabatan Tier 1 bertemu Bangladesh malam semalam.
Kali terakhir skuad negara bermain dalam perlawanan kompetetif adalah ketika aksi kelayakan Piala Asia di Palestine pada September tahun lalu.
Lebih memburukkan keadaan lagi, para pemain skuad negara juga tidak bermain dalam perlawanan domestik kerana kekurangan penganjuran liga.
Segelintir pemain terlibat dengan skuad futsal diperingkat kelab dan ada antara mereka yang bermain bersama skuad futsal wanita negara.
Skuad Bangladesh sementara itu selain aktif bermain dalam saingan domestik, skuad kebangsaan mereka juga sering terlibat dengan perlawanan kompetetif.
Sesi Latihan Skuad Malayan Tigress Menjelang Kejuaraan Wanita AFF 2022
Lagi gambar di ▶️ https://t.co/qCxHxPERwK#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/g0Yx5SR65x
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 16, 2022
Pemain tak dapat gaji
Mungkin ramai yang menganggap skuad wanita sekadar menghabiskan duit dan mereka tak sepatutnya dihantar bertanding mewakili negara.
Adakah para pemain dari skuad wanita dapat gaji? Mereka bahkan sekadar bermain secara percuma sahaja di peringkat kelab untuk saingan Liga Wanita Nasional.
Walau tidak menerima apa-apa imbuhan, namun para pemain tetap bermain dalam usaha mereka mahu mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.
Skuad negara ada potensi tapi tidak diuruskan dengan baik
Skuad wanita negara sebenarnya memiliki ramai pemain yang berbakat dan tak keterlaluan untuk menganggap mereka sebenarnya berpotensi untuk menjadi kuasa besar di ASEAN andai diuruskan dengan lebih bijak.
Dalam erti kata lain, para pemain dari skuad wanita negara sebenarnya dianaktirikan oleh FAM sendiri dan kerana itu mereka gagal untuk berikan yang terbaik.
Bangladesh balas dendam, belasah Malaysia. Biarpun bukan skuad lelaki namun ia tetap satu tamparan lebih-lebih lagi pasukan bola sepak wanita Malaysia berada di ranking ke-85 berbanding Bangladesh di kedudukan ke-146 dunia.#malaysia #fam #bolasepak https://t.co/aPokuXJX4w
— Utusan Malaysia (@UMonline) June 23, 2022
FAM perlu menganjurkan saingan liga domestik dan memastikan kebajikan para pemain lebih terjaga terutama dari segi karier mereka.
Tidak guna mempromosikan program akar umbi untuk mencari bakat hebat andai mereka akan diabaikan ketika beraksi bersama skuad utama nanti.