Bagi penyokong Scotland, ia mungkin berita gembira untuk anda. Barangkali sesi pemulihan Scotland sedang bermula dengan berita mengenai kehadiran Michael O’Neill.
FA Scotland diberitakan telah mempersetujui klausa pampasan kepada FA Ireland Utara. Klausa itu bernilai 500 ribu pound Sterling.
Pilihan
FA Scotland memberikan tawaran kontrak 4 tahun dengan gaji yang tidak didedahkan. Cuma bonus sudah pasti apabila beliau berjaya membawa Scotland kembali ke kejohanan ulung.
Sama ada Piala Dunia atau EURO.
Tetapi, FA Ireland Utara menawarkan kontrak baru sehingga 2024. Mereka pula menawarkan kenaikan gaji tahunan kepada 750 ribu pound.
Sudah pasti Michael O’Neill akan menjadi dilema untuk memilih, kekal di tempat sekarang atau berpindah ke Scotland. Sebenarnya, beliau sendiri menetap di Edinburgh, Scotland.
Popular
Namanya melonjak apabila berjaya membawa Ireland Utara mara ke EURO pada 2 tahun lepas. Malah, semasa kejohanan di Perancis tersebut, pasukan itu mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.
Kemudiannya, beliau sekali lagi mengejutkan dunia bola sepak. Ireland Utara mencabar peluang beraksi ke Piala Dunia 2018.
Mereka beraksi sehingga ke pusingan play-off. Lawan mereka, Switzerland hanya menang tipis kepada pasukan itu dengan satu gol sahaja.
Sunderland dan West Bromwich Albion sebelum ini sudah merisik untuk menjadikan beliau pengurus. Tetapi, kedua-dua kelab itu sudah memilih individu lain sebagai pengurus.
Agak menarik kisah ini apabila seteru sesama Home Countries berlumba-lumba mendapatkan individu ini. Pasukan manakah akan dipilih oleh Michael O’Neill ? Hanya beliau sahaja boleh menentukan.