Puchong Fuerza Gamestop FC mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas berjaya menundukkan Cyberjaya Teleflow FC 2-0 pada aksi minggu kelima saingan kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) di Arena MSJ, sebentar tadi.
Keputusan ini juga menyaksikan juara bertahan tersebut masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi lima perlawanan.
Gol pembukaan menjelma pada minit kelapan selepas Adli Zulgafli menanduk masuk bola berpunca daripada hantaran lintang dilakukan oleh adiknya, Nazrin Zulgafli dari sebelah kiri pintu gol Cyberjaya Teleflow FC.
GOAL! Puchong Fuerza Gamestop fires the first goal!
Adli Zulgafli’s header floated over Mohd Nadzir from Nazrin Zulgafli’s cross for an early lead!#TELvsFUE#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/yqp98gjEO0
— Football Selangor (@FootballSEL) November 3, 2019
Aksi selepas itu memperlihatkan penguasaan daripada Puchong Fuerza dengan beberapa gerakan berbahaya ke kubu lawan tetapi masih tidak mampu menambah jaringan. Begitu juga dengan Cyberjaya Teleflow FC yang gagal menghadirkan jaringan yang diharapkan.
GOAL! Two for Puchong!
That should do it! A horrible header at the back allowed Hakim Zainal to score with a brilliant effort!#TELvsFUE#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/atuBIcfJGi
— Football Selangor (@FootballSEL) November 3, 2019
Ketika perlawanan berbaki dua minit untuk ditamatkan, Hakim Zainal menoktahkan perjuangan Cyberjaya Teleflow FC dengan jaringan kedua untuk memastikan tiga mata penuh buat Puchong Fuerza Gamestop FC.
Puchong Fuerza Gamestop FC kini menghuni tangga teratas kumpulan A dengan 11 mata tetapi kedudukan tersebut boleh berubah sekiranya Kingstown Klang menang pada perlawanan selepas ini.
Pemain terbaik perlawanan: Mohd Fazli Zulkifli (Puchong Fuerza Gamestop FC)