‘Erling Halaand Ke Man United Adalah Cerita Kelakar’

Erling Haaland merupakan bakat muda yang menarik minat banyak kelab Eropah. Namun pihak RB Salzburg menyataka mereka tiada menerima sebarang panggilan untuk pemain itu.

Erling Haaland sudah menjaringkan 22 gol dan 6 bantuan gol setakat ini. Dan pemain itu mulai dikaitkan dengan Manchester United yang kini dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Selain daripada Man United, Juventus juga berminat dengan penyerang muda itu.

Akhbar Kronen Zeitung dalam beberapa siri laporannya menyatakan pemain itu sudah memeterai perjanjian dengan Manchester United. Ini kerana pemain itu mahu bergabung semula dengan Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United sedang mencari no.9 untuk mengisi pemergian Lukaku. Mereka juga dikatakan meletakkan 2 penyerang veteran iaitu Mario Mandzukic dan Zlatan Ibrahimovic dalam senarai calon.

Erling Halaand merupakan sasaran yang sangat bagus kerana usianya yang masih muda dan sudah memiliki banyak minit dalam perlawanan peringkat tertinggi termasuk UCL.

Pengarah Sukan RB Salzburg, Christoph Freund enggan melayan khabar angin tersebut. Beliau berkata: “Terlalu banyak perkara tidak tepat ditulis tentang Erling Halaand dalam beberapa minggu ini. Saya sudah membacanya dan saya tergelak.”

“Saya boleh sahkan kepada kamu bahawa saya tak ada bercakap dengan mana-mana kelab lain sehingga hari ini berkaitan dengan perpindahan musim sejuk.”

Beliau kemudian menyatakan buat masa ini fokus mereka adalah untuk membantu Erling Halaand mencapai potensi terbaik beliau.

“Langkah seterusnya akan diambil dan anda akan melihat Erling Halaand menjadi tak mampu dihentikan oleh lawan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN