SCL2019: Jaringan Lewat Permainan Hadiahkan Kemenangan Buat Kingstown Klang FC

Kingstown Klang FC

Kingstown Klang FC mendaki tangga teratas saingan kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas berjaya menundukkan Gombak RRM FC Unlimited 3-1 di Arena MPSJ, Subang Jaya sebentar tadi.

Pasukan yang dibarisi pemain berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia itu bagaimanapun berhempas pulas apabila memerlukan sehingga ke masa kecederaan untuk mendapatkan jaringan kemenangan.

Ketika aksi separuh masa pertama terikat tanpa jaringan, Gombak RRM FC Unlimited membuka tirai jaringan pada minit ke-42 menerusi Asraf Fadzli.

Asraf yang berjaya melepasi perangkap ofsaid selepas menerima lorongan cantik daripada rakan sepasukan, tidak bermasalah untuk memperdayakan penjaga gol, Md Azri Md Arus.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kingstown Klang FC menggandakan asakan dan Rudie Ramli berjaya menyamakan kedudukan berselang lima minit kemudian.

Penyerang yang pernah berkelana di luar negara itu menolak masuk bola hasil hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Gombak RRM Unlimited FC dilakukan oleh Mohd Fazli Baharudin.

Ketika perlawanan dijangka berkesudahan dengan keputusan seri, Rudie dan Mohd Saiful Azlizan menyelamatkan maruah Kingstown Klang FC pada masa kecederaan [minit ke-72 dan 74] untuk merakamkan kemenangan keempat selepas lima perlawanan.

Pemain terbaik perlawanan: Rudie Ramli (Kingstown Klang FC)

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN