SCL2018: Axis-O2 PJ FC Lega Tempah Slot Ke Suku Akhir

Axis-O2

Axis-O2 PJ FC merakamkan kemenangan pada aksi terakhir mereka dalam peringkat kumpulan A selepas berjaya menundukkan Klang Southern FC 2-0 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan yang mengintai peluang untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir mempamerkan corak permainan bertenaga sejak awal perlawanan.

Klang Southern FC yang diperkuatkan dengan kehadiran Saiful Aula dan Carlos Goonting bermula dengan baik apabila melancarkan dua serangan berbahaya ke kubu Axis-O2 PJ FC.

Penjaga gol, Mohd Noor Azrin Adnan bagaimanapun pantas menghalang percubaan tersebut dari membolosi gawang yang dikawalnya.

Serangan pertama yang dilancarkan Axis-O2 membuatkan jentera pertahanan terperangkap selepas lorongan baik yang dihasilkan Mohd Ridhwan Zainal terus mencari Desmond Amadi Apaoma bagi membuka tirai jaringan pada minit ke-12.

Jaringan yang ternyata menyemarakkan lagi api perjuangan para pemain untuk memburu jaringan.

Kesilapan penjaga gol Klang Southern FC, Goh Meng Jie yang melakukan sepakan lemah memberikan peluang buat Adli Zulgafli untuk melakukan hantaran terus kepada Desmond.

Desmond yang bijak menghidu peluang ketika melihat Meng Jie sudah keluar dari kawasannya, melakukan percubaan lambung yang memberikan jaringan kedua peribadi buat penyerang dari Nigeria itu pada minit ke-29.

Aksi menarik diteruskan pada babak kedua dengan Axis-O2 dan Klang Southern saling berbalas serangan.

Antara peluang terbaik yang dimiliki Klang Southern adalah tandukan Uche George yang terkena palang selepas menerima lontaran ke dalam yang cukup padu dihasilkan Carlos Goonting.

Satu lagi peluang keemasan adalah menerusi sepakan percuma yang diledakkan Saiful Aula yang memaksa Noor Azrin berhempas-pulas menafikan percubaan tersebut pada minit ke-64.

Percubaan yang dimiliki Axis-O2 juga gagal menggandakan kedudukan untuk dua jaringan yang dihasilkan Desmond Amadi pada babak pertama itu memisahkan kedua-dua pasukan hingga tamat perlawanan sekaligus membawa juara bertahan itu ke peringkat suku akhir.

Pemain terbaik perlawanan: Desmond Amadi Apaoma (Axis-O2 PJ FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN