Kronologi Mengapa Kongres Luar Biasa (EGM) FAS Tidak Sah

1 Oktober 2018

  • FAS menerima surat daripada 67 ahli gabungan yang meminta supaya Kongres Luar Biasa (EGM) diadakan. Mengikut statut FAS [Artikel 30 – 1 (b)], EGM boleh diadakan jika mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50% korum daripada keseluruhan 95 ahli gabungan. Memandangkan surat ini mempunyai tandatangan dari 67 ahli gabungan, usul ini mempunyai sokongan korum sebanyak 71%.
  • Dalam satu surat berasingan, FAS menerima sepucuk lagi surat yang ditandatangani oleh Roslin Shariff (Frenz United) yang menyatakan sebab mengapa EGM perlu diadakan. Sebabnya? Mereka tak berpuashati dengan perlantikan Izhar Moslim dan Dr. Johan Kamal Hamidon sebagai Naib Presiden yang dikatakan tiada apa-apa jawatan dalam ahli gabungan FAS.

14 Oktober 2018

  • Daripada 67 ahli gabungan yang mengusulkan EGM pada asalnya, FAS menerima penarikan balik usul daripada 17 ahli gabungan. 5 lagi dianggap tak sah kerana 3 sebab: kelab tidak aktif, usul ditandatangani oleh orang bankrap dan tandatangan palsu.
  • Ini bermakna dari 67, hanya tinggal 45 ahli gabungan yang mahukan EGM terus diadakan. Dengan hanya 45 tandatangan ahli gabungan, usul EGM kini hanya mendapat sokongan sebanyak 47% – kurang daripada syarat 50% korum yang ditetapkan dalam statut FAS.
  • FAS menulis surat ke Pesuruhjaya Sukan dan menyerahkan bukti bahawa EGM ini tidak boleh diadakan.

15 Oktober 2018

  • FAS menerima surat balas dari Pesuruhjaya Sukan yang menerima bukti EGM tidak boleh diadakan dan memaklumkan akan terus menyiasat bukti ini.
  • FAS menghantar sepucuk surat kepada FAM dan semua ahli gabungan FAS untuk melaporkan situasi semasa dan memaklumkan EGM tidak sah kerana tidak memenuhi syarat minimum korum yang ditetapkan dalam statut FAS.

18 Oktober 2018

  • FAS menghantar bukti kepada semua ahli gabungan yang menjelaskan bahawa Dr. Johan dan Izhar Moslim telah menyertai ahli gabungan FAS sebelum dilantik sebagai naib presiden.
  • FAS turut mengarahkan ahli gabungan yang tetap mahukan EGM diadakan supaya memberi surat tunjuk sebab.

22 Oktober 2018

  • FAS menerima surat balas daripada Roslin Shariff yang memberitahu EGM tetap akan diadakan pada 8 November.

24 Oktober 2018

  • FAS menerima 35 penarikan tandatangan lagi dari ahli gabungannya yang membalas surat tunjuk sebab pada 18 Oktober.
  • Dengan penarikan 35 tandatangan ini, usul EGM kini hanya mempunyai 10 tandatangan dari ahli gabungan FAS.  Usul EGM kini hanya mendapat sokongan korum sebanyak 11%.

25 Oktober 2018

  • Setiausaha Agung FAS membalas surat Roslin Shariff yang bertarikh 22 Oktober, menyatakan EGM tidak sah kerana melanggar statut FAS [Artikel 30 – 1 (b)]. Salinan surat turut diberikan kepada FAM dan Pesuruhjaya Sukan.
  • Exco FAS meluluskan permohonan 26 kelab untuk menjadi ahli gabungan FAS yang baru. Ini bermakna jumlah ahli gabungan FAS meningkat dari 95 ke 121.
  • Dengan peningkatan jumlah ahli gabungan ini, usul EGM kini hanya mendapat sokongan korum sebanyak 8%. Ini kerana berdasarkan statut FAS, ahli gabungan baru boleh mengundi dalam sebarang usul persatuan secara serta-merta.

26 Oktober 2018

  • FAS menghantar surat ke Pesuruhjaya Sukan untuk memaklumkan 52 ahli gabungan telah menarik tandatangan. Manakala 5 lagi dibatalkan. Salinan penarikan tandatangan dan bukti pembatalan tandatangan turut dihantar. Salinan semua dokumen ini turut dihantar ke Setiausaha Agung FAM.

7 November 2018

  • Sebuah perjumpaan antara Pesuruhjaya Sukan dan FAS diadakan. Turut menghadiri perjumpaan tersebut adalah Roslin Shariff dan wakil FAM.
  • FAS memberikan bukti mengapa EGM tidak sah. Roslin Shariff gagal menunjukkan bukti EGM beliau mempunyai sokongan korum yang cukup.
  • Pesuruhjaya Sukan menasihatkan Roslin Shariff supaya berhati-hati dengan keputusan beliau untuk meneruskan EGM kerana ia melanggar statut FAS.

8 November 2018

  • Roslin Shariff tetap meneruskan EGM di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan di sebalik ketiadaan sokongan korum yang cukup dan mengabaikan nasihat daripada Pesuruhjaya Sukan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN