‘Saya Ingatkan Kena Culik’ – Maguire Jelaskan Kenapa Melawan Ketika Ditahan Polis

Maguire Polis

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire berkata beliau terasa nyawanya terancam dan menyangka sedang diculik apabila pihak polis Greece menahannya pada minggu lepas.

Pemain antarabangsa England itu dalam temubualnya bersama BBC menjalaskan polis yang menangkapnya hanya berpakaian biasa dan tidak memperkenalkan diri. Polis tersebut kemudian menariknya keluar dari van, mencederakan kakinya dan mengatakan kariernya sudah berakhir.

Beliau kemudian berkata cuba untuk melarikan diri dengan tangan sedang bergari kerana tidak tahu siapa orang yang menangkapnya.

Pada Selasa lalu, mahkamah di Greece menjatuhkan hukuman 21 bulan dan 10 hari penjara selepas perbicaraan kesnya di Kepulauan Syros.

https://twitter.com/danroan/status/1299213998689148928?s=20

Beliau didapati bersalah kerana berulang kali mencederakan, cubaan merasuah dan bertindak ganas terhadap penjawat awam yang bertugas serta mengeluarkan kata-kata kesan selepas ditahan di Mykonos.

Pada Rabu, barisan peguamnya telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Mengikut undang-undang Greece, rayuan tersebut akan menangguhkan hukuman Maguire sementara menunggu perbicaraan penuh di mahkamah yang lebih tinggi.

Dalam temubual tersebut, pemain berusia 27 tahun itu dengan penuh emosi mengatakan beliau sangat tertekan dan kecewa apabila mendengar keputusan mahkamah tersebut dan tidak percaya.

Maguire menafikan beliau ada mencederakan atau cuba untuk merasuah mana-mana anggota polis dan mengatakan beliau tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa.

 

“Permohonan maaf hanya dibuat apabila kamu melakukan sesuatu kesalahan. Saya tak perlu meminta maaf kepada sesiapa. Jelas di sini situasi berkenana hanya akan menyusahkan kelab ini. Saya kesal dengan apa yang terjadi, tetapi saya tidak buat apa-apa kesalahan.

Pada Selasa, Maguire telah dikeluarkan daripada senarai pemain skuad England yang akan beraksi dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah menentang Iceland dan Denmark pada awal September ini.

“Saya suka beraksi untuk negara saya. Secara fizikal dan mental, saya bersedia untuk bermain. Sudah tentu saya kecewa [digugurkan], tetapi saya faham.”

Kredit featured image: Simon Stacpoole/Offside/Offside via Getty Images 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Leave a Reply