Penyokong Desak Pengurusan Newell’s Old Boys Sambar Lionel Messi

Newell's Lionel Messi

Para penyokong setia pasukan saingan Primera Division Argentina, Newell’s Old Boys mengadakan demonstrasi bagi mendesak pengurusan supaya menyambar bintang bola sepak dunia, Lionel Messi untuk menyertai kelab tersebut.

Sebagai seorang yang lahir di Rosario, Newell’s Old Boys nyata bukanlah asing buat Messi kerana beliau juga merupakan produk keluaran akademi kelab itu sejak berusia enam tahun lagi.  Antara rakan sepasukannya sejak dari zaman kanak-kanaknya di Argentina ialah Maxi Rodriguez.

Dengan spekulasi semakin kuat mengatakan Messi akan meninggalkan Barcelona, para penyokong Newell’s Old Boys merasakan ini merupakan detik yang paling sesuai buat pihak pengurusan kelab untuk membawa Messi kembali ke pasukan berpengkalan di Rosario itu.

Susulan dengan itu, mereka telah berkumpul di Rosario dengan mengibarkan bendera berwarna merah dan hitam bagi melambangkan Newell’s Old Boys dan turut menyalakan suar serta memakai barangan yang terdapat wajah Messi.

”Secara peribadinya saya merasakan perkara ini terlalu cepat [perpindahan Messi ke Newell’s], tetapi apa yang orang ramai perlu fahami ialah Newell’s mempunyai rekod dalam membawa masuk pemain utama, dan itulah mengapa orang memikirkan ia tidak mustahil.”

”Diego Maradona ketika bersama Sevilla di Sepanyol, pada ketika itu dia baru sahaja berusia 33 tahun, sama usia seperti Messi dan dia kembali untuk menandatangani kontrak bersama Newell’s di mana ia satu perkara yang tidak langsung dijangka berlaku.”

”Ia adalah [berlaku] tahun sebelum berlangsungnya Piala Dunia 1994,”ujar jurucakap penyokong menurut laporan Goal.

”Terdapat perasaan yang merasakan pemain yang datang ke kelab ini, bukan kerana wang, ia sememangnya merupakan perasaan untuk kembali [ke Argentina] dan bermain di hadapan peminat dan merasakan mereka sebahagian daripada kelab ini kembali.”

”Saya rasa Messi akan bermain dengan Newell’s pada suatu hari nanti, tetapi secara peribadi menganggap ianya terlalu cepat.”

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Newell’s Old Boys, Cristian D’Amico menegaskan bahawa pintu sentiasa terbuka buat Messi untuk kembali menabur bakti bersama kelab kesayangannya itu.

Kredit featured image: Luciano Bisbal/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai isu terkini berkenaan Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN