RASMI: Thiago Silva Pilih Chelsea

Thiago Silva Chelsea

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea telah berjaya mendapatkan Thiago Silva secara percuma selepas pemain pertahanan itu menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan sambungan setahun.

Pemain Brazil yang telah tamat kontrak bersama PSG itu akan menyertai seorang lagi pemain pertahanan baharu, Malang Sarr yang juga berjaya dibawa masuk ke Stamford Bridge secara percuma selepas meninggalkan kelab Perancis, Nice.

Selain itu, kelab London tersebut baru sahaja mendapatkan pemain pertahanan kiri, Ben Chilwell dari Leicester United dengan nilai yang dilaporkan kira-kira ยฃ50 juta.

Thiago Silva dalam kenyataannya yang disiarkan oleh laman web Chelsea mengatakan beliau bersedia untuk menyahut cabaran baharu beraksi di EPL buat kali pertama dalam kariernya.

“Saya sangat gembira dapat menyertai Chelsea terutamanya berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada skuad bimbingan Frank Lampard bagi mengharungi musim baharu ini. Saya di sini untuk hadapi cabaran baharu.

“Jumpa anda tidak lama lagi penyokong Chelsea, saya akan beraksi di Stamford Bridge selepas ini.”

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dalam kenyataannya mengatakan pihaknya sangat berbesar hari apabila dapat membawa masuk Silva yang telah terbukti reputasinya sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia.

“Telah beraksi di peringkat tertinggi selama bertahun-tahun, kami langsung tiada keraguan dengan pengalaman dan kualiti yang beliau miliki. Saya percaya sifat kepimpinannya akan membantu pemain-pemain muda yang kami ada di sini,” ujar Marina.

“Kami harapkan kehadiran Thiago akan menambah kekuatan pasukan dan kami harap beliau akan dapat menambah koleksi trofinya di sini selepas mencapai banyak kejayaan selama ini.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, Silva membuktikan beliau masih soerang pemain yang kompetitif bersama PSG selepas berjaya membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) baru-baru ini sebelum tewas tipis 1-0 kepada Bayern Munich.

Dengan mempunyai sifat kepimpinan semula jadi, beliau telah pun dipilih sebagai kapten pasukan ketika bersama PSG, AC Milan dan skuad kebangsaan Brazil.

Kredit Foto: Chelsea

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN