Safawi Rasid meluahkan rasa syukur dan gembira apabila berjaya meledak 3 gol semalam dalam perlawanan menentang Laos bagi aksi saingan Piala AFF.
Beliau yang menjadi tonggak utama semalam berjaya meledak gol seawal minit ke-6, minit ke-34, dan ke-80 perlawanan untuk menajdi pemain pertama mencatat hatrik kejohanan Piala AFF kali ini.
What a feeling 🇲🇾 Alhamdulillah 🙏🏻 pic.twitter.com/LEmLRcLnef
— SafawiRasidOfficial (@safawi37) December 9, 2021
Shahrul Saad pula melengkapkan malam gemilang di Stadium Bishan untuk memastikan Malaysia menang selesa dengan jaringan 4-0.
Jelas Safawi, hasil dorongan rakan-rakan menjadi asbab untuk diri beliau untuk terus bangkit dalam saingan kali ini serta beliau tidak pernah menganggap diri sebagai bintang bola sepak negara.
Safawi kini telah pun mengumpul 4 gol dan menjadi penjaring gol terbanyak bagi saingan Piala AFF musim ini.
Kali terakhir Malaysia memenangi kategori Anugerah Kasut Emas ialah pada tahun 2010 dengan legenda Safee Sali memenangi anugerah tersebut selepas menghasilkan lima gol sepanjang kejohanan edisi tersebut – sekaligus membantu pasukan negara muncul juara.
🔥 𝕊𝕒𝕗𝕒𝕨𝕚 ℝ𝕒𝕤𝕚𝕕
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 9, 2021
⚽⚽⚽ hat-trick hero
That's it. That's the tweet. #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvLAO | @safawi37 pic.twitter.com/VEldl89qDv
Pada tahun ini, Tan Cheng berpeluang cerah untuk kembali mencipta sejarah merebut Piala AFF setelah dilihat berada di landasan yang betul selepas membina momentum dengan dua kemenangan berturut-turut yang dihasilkan setakat ini.
Kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dan kejayaan menewaskan Laos 4-0 semalam meletakkan Malaysia di kedudukan teratas Kumpulan B.
Lawan seterusnya bakal menjadi ujian sebenar buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe ialah pertemuan menentang Vietnam pada 12 Disember hadapan. Perlawanan tersebut akan menjadi ujian sebenar untuk melihat sejauh mana kekuatan pasukan Malaysia menentang salah sebuah pasukan yang dianggap pilihan di pertandingan ini.