‘Sukar Tapi Tak Mustahil’ – Syahmi, Cheng Hoe Optimis Berdepan Vietnam

Syahmi Safari mahu rakan sepasukan terus memberi corak permainan konsisten ketika perlawanan menentang Vietnam.

Jelas beliau dalam sidang media sebentar tadi, lawan seterusnya ini merupakan pasukan yang sangat bagus dan rekod pertemuan sebelum ini jelas mengingatkan bahawa Malaysia perlu berwaspada.

Aksi cemerlang Syahmi

Syahmi menuntut rakan sepasukan untuk lebih berdisiplin serta dan seboleh-bolehnya mengurangkan kesilapan-kesilapan kecil yang akan memberi peluang untuk lawan membolosi gawang pasukan negara.

Ketika ditanya mengenai posisi beliau sebagai pertahanan kiri dan bergandingan dengan dua pemain sayap berbeza dalam dua perlawanan ketika menentang Kemboja dan Laos, Syahmi mengakui tiada masalah dan selesa bergandingan bersama Akhyar atau Arif Aiman.

Prestasi pemain itu turut dipuji oleh Tan Cheng Hoe yang berpuas hati dengan aksi konsisten pemain tersebut walaupun diletakkan di posisi bukan kegemarannya.

Sumbangan yang diberikan oleh Syahmi di bahagian pertahanan kiri sepanjang dua perlawanan ini suatu yang sangat besar dan wajar dipuji.

Coach Tan yakin kemampuan pemain

Tan Cheng Hoe ketika ditanya nyata berpuas hati dengan momentum kemenangan daripada dua perlawanan yang dilalui Malaysia sepanjang kempen AFF berlangsung.

Namun beliau tetap menegaskan semua pemain sentiasa memberi komitmen penuh dan berusaha memperbaiki pelbagai aspek permainan seperti teknik hantaran dan sentiasa meningkatkan kualiti permainan.

Beliau juga yakin dengan barisan pemain sedia ada yang dibawa ke Singapura untuk kejohanan ini walaupun 4 orang daripadanya terpaksa dikuarantin akibat wabak Covid-19 baru-baru ini.

Jelas Cheng Hoe, keempat-empat pemain ini sentiasa dihubungi untuk mengetahui perkembangan terkini kesihatan mereka. Rakan sepasukan yang lain juga tidak putus-putus memberikan semangat.

Beliau juga menyatakan bahawa Dion Cools akan menyertai kem Malaysia selepas perlawanan menentang Vietnam dan dijangka akan menguatkan lagi barisan pertahanan Malaysia untuk aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN