Sathianathan Sudah Agak NFDP Memang Ada Masalah

Isu Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) mencapai kemuncaknya apabila Menteri Belia dan Sukan negara, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat lawatan mengejut ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang untuk melihat sendiri segala kemudahan yang ada di sana.

Beliau terkejut dan amat kecewa apabila mendapati bilik tidur pemain agak panas seperti ‘oven’ dan terdapat banyak permasalahan yang berlaku dari segi kerosakan bangunan dan padang latihan.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata kepada Berita Harian mempersoalkan kenapa pengurusan NFDP membuat keputusan membawa masuk pelatih NFDP menginap di sebuah akademi yang tidak siap.

“Pemain NFDP ibarat seperti berpindah ke dalam rumah yang tidak siap. Kalau kita yang mahu berpindah sudah tentu kita akan pastikan semuanya siap sebelum berpindah masuk.

“Masalah berlarutan sehingga lima bulan, jadi sepatutnya selepas sebulan, NFDP sudah memikirkan alternatif lain daripada terus menginap di situ.

“Lagipun, pemain sedang melakukan persiapan ke Kejuaraan Bawah 16 (B-16) Tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018, jadi kalau banyak masalah di AMD, mengapa mereka tidak minta bantuan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Pintu Gerbang Akademi Mokhtar Dahari. Foto: Perbadanan Stadium Malaysia.

Sathianathan turut mendedahkan beliau pernah melihat sendiri bagaimana padang latihan itu dibuat ketika mengunjungi AMD yang sedang dalam pembinaan, dua tahun lalu.

“Mereka memaklumkan bahawa padang itu adalah padang latihan NFDP tetapi saya lihat cara mereka membuat padang itu, nampak sangat tidak sesuai.

“Saya hairan kenapa NFDP tetap meneruskan rancangan mereka walaupun saya sudah memberitahu mereka mengenai perkara itu dan sekarang lihatlah selepas dua tahun.

“Masalah padang juga tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal sehinggalah ia dilaporkan dalam media semalam,” katanya.

AMD yang dibina dengan kos bernilai RM85 juta itu dianggap sebagai sebuah akademi bola sepak terbaik di Asia Tenggara bertujuan untuk melahirkan pemain yang berkualiti untuk negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar menjelaskan setiap kerosakan yang berlaku dalam tempoh dua tahun bermula April 2018 ditanggung oleh kontraktor utama.

Beliau turut mengesahkan tender untuk mendapatkan peralatan gimnasium turut telah dilakukan. Namun Sariful mendedahkan masalah kewangan KBS, MSN dan ISN menyebabkan kelewatan proses tender dilakukan sekaligus turut mempengaruhi aspek pentadbiran AMD yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN