Mourinho: “Semuanya Kerana Salah Mourinho”

Jose Mourinho melabel pengkritik beliau sebagai sedang menantikannya dipecat. Beliau berkata demikian selepas kebangkitan Man. United ke atas Newcastle semalam.

Mourinho dilaporkan sedang dalam proses untuk dipecat dari Old Trafford selepas beberapa keputusan tak memuaskan dan juga isu dengan Paul Pogba.

Beliau menyatakan sejak akhir-akhir ini semua perkara buruk berlaku kerana salah beliau.

“Kawan saya pagi ini menyatakan yang esok akan hujan di London, itu kerana salah saya.”

“Jika ada masalah dengan perjanjian Brexit pun kerana salah saya. Saya dan sedia untuk semua ini. Mereka (pengkritik) jelas jahat dan sedang memburu saya.”

“Akhirnya kami menang perlawanan ini dan saya rasa kami berhak, penyokong kami pun berhak.”

“Kami ketinggalan 2-0 pada separuh masa dan dengan dinamik ketika memburu (gol), rasanya para pemain bersikap luar biasa untuk pasukan.”

“Inilah bola sepak sebenar untuk kelab ini.”

“Bidang kerja saya ini berbeza dengan orang lain, banyak mulut jahat, terlalu banyak kejahatan dalam sesuatu yang sepatutnya cantik.”

“Ianya tak mudah, tetapi saya rasa hidup ini dibentuk oleh pengalaman dan beberapa perkara baru serta deja vu.”

“Ini adalah (contoh) perkara baru dan akan membuatkan saya menjadi pengurus lebih baik, manusia lebih baik kerana saya memahami perkara berdasarkan sifat manusiawi.”

Beliau menyatakan yang dia tak terkesan dengan pihak yang meragui kemampunannya, serta mendakwa beliau sudah hilang kawalan ke atas bilik persalinan. Sekaligus bakal dipecat.

“Dalam kelab terbesar di dunia, ada masanya anda menikmati banyak daging dan ada masanya menikmati banyak tulang.”

“Saya sudah 55 tahun, saya dah matang, saya boleh berhadapan dengan semua ini dan hidup dalam buruan (pengkritik).”

“Saya rasa beberapa pemain saya tak cukup bagus untuk menghadapi perkara seperti itu.”

“Mereka bermula dengan cara panik. Ada satu masa saya melihat kami boleh menjaringkan gol sendiri. Tak mudah untuk mereka.”

“Saya boleh hadapi semua tekanan itu dengan sedikit kesedihan tetapi saya dan besar. Jelas sekali beberapa pemain muda, Rashford kelihatan sedih dalam padang, McTominay keihatan takut di dalam padang.”

“Semua pemain akan melakukan kesilapan, itu normallah.”

Ditanya tentang hubungan beliau yang dikatakan tak berapa baik dengan Pogba, Eric Bailly, Luke Shaw dan Antonio Valencia.

Mourinho berkata, tak perlu fikir banyak sangat akan hal itu kerana beliau bangga dengan semanga para pemain dan beliau melihat para pemain menyokong beliau.

“Rasanya ianya perbincangan mengarut. Pemain tak bermain untuk pengurus. Jika mereka bermain untuk pengurus, mereka bukan seorang profesional sebenar.”

“Ia bukan begitu. Apa yang saya minta daripada pemain adalah melakukan segala-galanya.”

“Ini bukan untuk saya, ini bukan untuk para pemain. Ini adalah untuk kelab, dan pada separuh masa kedua, pemain melakukan segalanya. Tiada apa lagi yang mereka boleh berikan lebih daripada itu.”

Leave a Reply