Sathianathan Sokong Kemasukan Pemain Naturalisasi Dalam Skuad Harimau Malaya

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menggangap kemasukan pemain naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya sebagai langkah paling tepat untuk memperbaiki kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

Bercakap kepada Berita Harian, Sathianathan menjelaskan kemasukan pemain naturalisasi itu hanyalah untuk perancangan jangka masa yang pendek sementara tunggu hasil daripada program pembangunan bola sepak negara (NFDP),

“Kalau kita nak tunggu (pemain) projek NFDP menjelmakan keputusan buat skuad kebangsaan dalam masa terdekat ini, kita tidak boleh. Cara terbaik adalah mengambil pemain naturalisasi yang muda berumur antara 18 atau 19 tahun,” kata Sathianathan.

“Pemain berdarah campuran kita juga tidak ramai dan yang ada pun bukan yang berkaliber tinggi. Jadi saya setuju (ambil pemain naturalisasi) untuk sementara seperti yang dilakukan Jepun sebelum ini.

“Ketika kali pertama Jepun layak ke Piala Dunia, mereka ada dua atau tiga pemain naturalisasi dari Brazil. Macam Perancis, jangan ingat mereka tiada pemain naturalisasi. Jadi kita mesti lebih bersikap terbuka.

“Pada masa sama, kita perlu kenal pasti apa masalah pemain tempatan dan perbaiki masalah itu dengan mendidik pemain muda, kerana mereka ini yang akan menggantikan tempat pemain naturalisasi nanti.” katanya.

Kredit: Kosmo

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin baru-baru ini membangkitkan cadangan pengambilan pemain naturalisasi. Malah, FAM bakal menghantar pegawainya ke Brazil dan Cameroon buat kajian mengenai proses naturalisasi.

Sathianathan turut menegaskan pengambilan pemain naturalisasi ini adalah kerana Malaysia kekurangan pemain yang berkualiti yang tidak mampu menarik kehadiran penyokong ke stadium.

“Kalau nak kekalkan minat rakyat terhadap bola sepak, kita kena capai sesuatu kejayaan. Tapi, jika kita tiada pemain berkualiti dan asyik kalah, kita akan hilang ramai peminat.

“Minat rakyat Jepun dulu sebenarnya lebih kepada sukan baseball, tapi selepas mereka layak ke Piala Dunia, bola sepak menjadi sukan nombor satu di negara itu dan diikuti ramai peminat selain banyak penaja yang menghulurkan tajaan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN