Zlatan Ibrahimovic Gesa Manchester United Wajib Menang Piala Musim Ini

Bekas pemain Manchester United iaitu Zlatan Ibrahimovic menggesa agar kelab Premier League itu menjulang kejuaraan pada musim ini.

Bagi beliau, bekas pasukannya itu harus mengatasi kekecewaan musim lalu selepas gagal sebarang memenangi kejuaraan.

Bercakap kepada Sky Sports, Ibrahimovic berkata pengurus kelab tersebut iaitu Jose Mourinho seharusnya memperbetulkan keadaan itu dan letakkan Manchester United kembali semula ke landasan yang tepat.

“Semua orang tahu siapa Jose Mourinho.”

“Beliau selalu akan berada dalam perebutan untuk memenangi kejuaraan.”

STOCKHOLM, SWEDEN – MAY 24: Manchester United manager Jose Mourinho celebrates after the UEFA Europa League final match between Ajax and Manchester United at Friends Arena on May 24, 2017 in Stockholm, Sweden. (Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Walaupun begitu, Ibrahimovic tetap berharap Manchester United akan kembali menjulang kejuaraan pada musim ini.

“Mourinho kini sedang giat melakukan persiapan untuk musim ini dan saya berasa mereka mampu mempunyai musim yang baik kali ini.”

“Saya ucapkan semoga berjaya buat mereka, saya berharap mereka akan memenangi sesuatu kerana mereka mampu.”

“Mereka mempunyai kualiti dan apa yang mereka perlu adalah untuk menang.”

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 16: Zlatan Ibrahimovic of Manchester United celebrates after scoring his third and his sides third goal during the UEFA Europa League Round of 32 first leg match between Manchester United and AS Saint-Etienne at Old Trafford on February 16, 2017 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Ibrahimovic berkata sedemikian kerana status Manchester United sebagai sebagai sebuah kelab utama di Premier League dan sering memenangi pelbagai kejuaraan.

“Pada musim lalu Mourinho gagal memenagi kejuaraan, ia bukan satu perkara yang lazim melihat beliau menamatkan musim dengan tidak memenangi piala.”

“Beliau berada di kelab yang sudah biasa memenangi kejuaraan musim demi musim.”

Di bawah kendalian Mourinho, Manchester United memenangi 2 kejuaraan iaitu EFL Cup dan Europa League.

Manchester United masih gagal memenangi sebarang gelaran Premier League sejak Sir Alex Ferguson bersara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN