Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Saingan Piala Malaysia 2018

Setelah tamatnya saingan unifi Liga Super dan 100 Liga Premier serta Shopee Piala FA, kalendar bola sepak Malaysia diteruskan dengan saingan unifi Piala Malaysia.

Musim ini menyaksikan Malaysia Football League (MFL) kembali ke format lama dengan mengadakan Piala Malaysia di luar saingan liga.

Hal ini berbeza dengan musim lepas apabila saingan piala tertua di Asia ini dilangsungkan seiring dengan perlawanan liga.

Artikel ini akan memberikan anda info-info asas mengenai Piala Malaysia pada musim ini.

SHAH ALAM 04 NOVEMBER 2017. Pemain JDT menjulang Piala setelah memenangi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 antara pasukan Kedah menentang JDT di Stadium Shah Alam. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Siapa pasukannya & di balang mana?

16 pasukan bakal beraksi dengan kesemua pasukan ini dibahagikan kepada 4 balang yang berbeza.

Berikut merupakan penghuni bagi setiap 4 balang tersebut:

Balang 1:

  • Johor Darul Ta’zim (juara bertahan Piala Malaysia & juara unifi Liga Super 2018
  • Perak (naib johan Liga Super 2018)
  • Pahang (juara Shopee Piala FA 2018)
  • PKNS FC (suku akhir Piala Malaysia 2016)

Balang 2:

  • Terengganu FC (juara Piala Malaysia 2001)
  • Kedah (naib johan Piala Malaysia 2017)
  • Melaka United (suku akhir Piala Malaysia 2017)
  • Selangor (juara Piala Malaysia 33 kali – terbanyak dalam sejarah)

Balang 3:

  • PKNP FC (penampilan kedua di Piala Malaysia)
  • Kuala Lumpur (juara hatrik Piala Malaysia pada edisi 1987, 1988 & 1989)
  • Kelantan (juara Piala Malaysia 2010)
  • FELDA United (juara 100 Liga Premier 2018)

Balang 4:

  • Felcra FC (naib johan Liga Perdana 2018)
  • MISC-MIFA FC (penampilan pertama di Piala Malaysia)
  • PDRM (penampilan pertama di Piala Malaysia sejak 2016)
  • Sabah (naib juara Piala Malaysia 3 kali pada 1996, 2002 & 2003)

Dengan wujudnya balang ini, setiap pasukan dalam satu-satu balang tidak boleh ditempatka dalam kumpulan yang sama dengan pasukan dari balang yang sama.

Sebagai contoh, Pahang dan Perak dari Balang 1 tidak akan menghuni balang yang sama kerana mereka dari balang yang sama.

Gambar: MStar

Sebaliknya, Pahang akan bersama pasukan dari Balang 2, 3 dan 4 untuk membentuk satu kumpulan yang dihuni 4 pasukan.

1 pasukan dari setiap balang akan diambil untuk mencipta satu kumpulan.

Bilakah Piala Malaysia akan dilangsungkan?

Menurut tarikh yang dikeluarkan oleh pihak MFL, saingan Piala Malaysia akan bermula pada 4 Ogoss 2018.

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting untuk saingan musim ini, harus diingat ianya tertakluk kepada pindaan pihak MFL:

  • Peringkat kumpulan (4 Ogos hingga 16 September 2018)
  • Suku akhir 1 & 2 (21-23 September dan 28-30 September 2018)
  • Separuh akhir 1 & 2 (5-7 Oktober dan 19-21 Oktober 2018)
  • Perlawanan akhir (27 Oktober 2018)

Di mana anda boleh saksikan Piala Malaysia?

Siaran langsung Piala Malaysia sama seperti saingan Liga Super dengan Iflix dan juga HyppTV bakal menjadi penyiar utama perlawanan.

Iflix bakal menyediakan kesemua siaran langsung dari peringkat kumpulan sehingga perlawanan akhir.

Dalam masa yang sama, RTM dan juga Media Prima juga akan menyiarkan beberapa perlawanan pilihan yang akan diberitahu kelak.

Sesi undian untuk peringkat kumpulan Piala Malaysia akan diadakan pada hari ini jam 3.30 petang dan anda boleh saksikannya menerusi saluran Iflix.

Saingan bermula!

Piala Malaysia sekali lagi bermula dan ianya sentiasa menjadi pertandingan yang mempunyai nilainya yang tersendiri bagi setiap di antara kita.

Menarik juga untuk kita saksikan beberapa pasukan yang pertama kali melakukan penampilan pertama di Piala Malaysia seperti Felcra FC dan juga MISC-MIFA.

Malah selamat kembali juga buat Sabah yang sudah lama tidak beraksi di Piala Malaysia.

Menarik juga untuk disaksikan sama ada mampukah PKNP FC untuk mencipta prestasi baik mereka sama seperti pada edisi lalu.

Dan semestinya, mampukah Johor Darul Ta’zim mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka padam musim lalu?

Semoga berjaya buat kesemua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN