Ini Adalah Sasaran Najib Razak Untuk Pasukan Harimau Malaysia Menjelang 2050

Berapa agaknya sasaran Perdana Menteri untuk ranking Harimau Malaysia pada 30 tahun akan datang?

Pada 19 Januari yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah menghadiri dialog perdana sempena perlancaran program Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50 yang dianjurkan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.

TN50 adalah idea yang dicetuskan oleh Datuk Sri Najib untuk menggantikan wawasan 2020. Ia dihadiri oleh mahasiswa dan golongan belia yang berdialog secara dua hala dengan beliau.

Objektif dan sasaran yang digariskan oleh PM kita adalah untuk menjadikan Malaysia dalam kelompok 20 Negara terbaik dunia ataupun Top 20 Nations.

Bola sepak menjelang 2050?

Menariknya dalam majlis tersebut, sebelum ia berakhir, YB Khairy Jamaluddin sempat bertanyakan kepada Perdana Menteri tentang harapan beliau kepada bola sepak negara kita.

Adakah ia termasuk sekali dalam cita-cita untuk menjadi negara 20 teratas dalam bola sepak?

PM Najib Razak pada awalnya bertanya, kita di ranking ke berapa sekarang. Lalu YB Khairy menjawab kita di ranking ke-160.

(Nota editor: Sebenarnya ranking Malaysia adalah ke-161)

Datuk Sri Najib dalam senyuman berkata, boleh! Namun beliau tergelak dan berkata:

“Dalam masa 30 nak jadi top 20?”

Datuk Sri Najib berkata ia boleh dicapai, tetapi kita perlu buat banyak kerja. Ini kerana bola sepak negara kita agak tidak boleh diterima dan kita harus melakukan sesuatu.

Ia ditegaskan sekali lagi oleh PM

Gambar: Utusan Online

Dalam satu ucapan beliau di Perhimpunan Kementerian Kewangan beiau sekali lagi menegaskan tentang aspirasi kerajaan untuk menjadikan pasukan Harimau Malaysia berada di kelompok 20 terbaik dunia pada tahun 2050 dalam TN50.

Dipetik daripada Utusan Online beliau berkata:

“Kalau boleh bola sepak juga berada dalam kedudukan 20 ter­atas di dunia, kalau boleh capai, akan menjadi satu kebanggaan.”

“Kita tidak mahu pemain kita hanya bermain dalam Divisyen Dua atau Liga Perdana, tetapi sebaliknya Liga Super, mudah-mudahan ini akan beri semangat kepada kita dengan asasnya mestilah rasa kasih dan cinta kepada negara.”

Satu cita-cita besar oleh kita semua. Diharap cita-cita tersebut dapat dicapai. Harus diingat, China turut mensasarkan menjadi kuasa bola sepak dunia menjelang 2050.

Baca juga: Manchester United Ke Final Piala EFL ! Menentang Southampton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN