Manchester United Ke Final Piala EFL ! Menentang Southampton

Manchester United ke final Piala EFL menentang Southampton. Pada masa yang sama Hull City mengakhiri rekod 17 perlawanan tanpa kalah Manchester United.

Namun begitu, Manchester United tetap meraikan perjalanan ke Wembley.

Manchester United membawa agregate 2-0 daripada perlawanan pertama di Old Trafford. Mereka melakukan lima pertukaran di dalam perlawanan ini.

Tom Huddlestone memberikan pasukan tuan rumah gol pendahuluan pada minit ke-35. Ianya selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Hull kerana Marcos Rojo menarik Harry Maguire. Ia satu pertahanan lemah daripada Rojo.

Jaringan itu menghidupkan harapan Hull City untuk memburu piala domestik pertama dalam sejarah 113 tahun kelab mereka.

Pada separuh masa kedua, Manchester United memulakan perlawanan dengan lebih intensif. Akhirnya mereka mendapatkan gol penyamaan menerusi pemain termahal dunia, Paul Pogba.

Pogba seakan-akan sudah menutup peluang Hull City. Ini apabila beliau menjaringkan bola dari jarak dekat. Satu penyudah tenang dengan bola leret oleh beliau.

Manchester United hampir menjaringkan gol kedua dalam perlawanan ini namun cubaan Rojo terkena palang. Manchester United kemudian agak leka dan banyak melepaskan bola mudah kepada pihak lawan.

Ketika penyokong United sudah mulai meraikan kemenangan, Tidak lama selepas itu, Hull City menghidupkan lagi sisa perjuangan mereka dengan jaringan Oumar Niasse.

Ianya selepas hantaran lintang David Meyler dari sebelah kanan singgah betul-betul di kaki Oumar Niasse yang cuma berhadapan dengan David De Gea.

Namun Manchester United berjaya mengakhiri perlawanan dengan kemenangan agregate walaupun mereka akhirnya tewas selepas 17 perlawanan.

Jose Mourinho kini dalam proses untuk menyamai pencapaian pengurus Brian Clough dan Sir Alex Ferguson untuk memenangi 4 Piala Liga dalam sejarah karier pengurusan.

Dengan syarat Manchester United menang di Wembley pada 26 Februari 2017 ini menentang Southampton yang sebelum itu menewaskan Liverpool.

Tahniah kepada Manchester United. Terutama sekali Jose Mourinho yang mara ke final Piala EFL pertama beliau sebagai pengurus Manchester United pada musim pertama beliau.

Baca juga: Wenger Tolak Pegawai Perlawanan, Ini Komen Jose Mourinho

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN