Sarri Mungkin Bersara Selepas Urus Juventus

Pengurus Juventus, Maurizio Sarri memberikan bayangan akan bersara dari bola sepak selepas tempoh beliau bersama-sama dengan Juventus akan berakhir.

Beliau yang kini sedang dalam persaingan sengit bersama-sama Inter Milan kendalian Antonio Conte dalam saingan Serie A, mengatakan mungkin sudah tiba masanya untuk beliau berehat.

Sarri juga turut memberikan petanda yang beliau tidak akan pulang semula ke Napoli untuk membimbing pasukan itu sekali lagi.

“Buat masa sekarang, saya tidak terfikir untuk kembali ke Napoli untuk bersama-sama mereka di masa hadapan.”

“Saya juga memikirkan untuk bersara terus selepas tempoh saya bersama-sama Juventus tamat.”

Walaupun telah menyatakan pendirian demikian tetapi Sarri menjelaskan beliau belum lagi ada perancangan khusus untuk dirinya selepas bersara dari bola sepak.

Sebaliknya, beliau menantikan selepas tamatnya kontrak bersama Juventus untuk tentukan hala tujunya.

“Jika saya masih ada tenaga untuk melakukannya, saya mungkin akan bergerak ke peringkat seterusnya dalam karier saya.”

“Akan tetapi, ianya bukanlah sesuatu yang saya tengah fikirkan sekarang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN