Perlawanan Shanghai SIPG-Buriram United Dilangsungkan Tanpa Penyokong

Perlawanan kelayakan bagi Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi Shanghai SIPG dan juga Buriram United akan diteruskan tanpa kehadiran penyokong di China.

Menurut laman rasmi AFC, perlawanan itu akan diteruskan di negara China tetapi dilangsungkan tanpa penyokong selepas perbincangan dilakukan oleh pihak AFC sendiri dan juga FA China memandangkan penyebaran wabak korona yang semakin membimbangkan di negara tersebut.

“Memandangksan wabak korona sudah semakin merebak di pelbagai tempat di China, pihak FA China telah berunding dengan pihak AFC, pasukan yang bertanding serta Persatuan Bola Sepak Shanghai telah membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan tanpa kehadiran penyokong.”

“Ianya dilakukan untuk mengurangkan penyebaran wabak yang boleh didapati apabila sesebuah acara keramaian itu dilakukan.”

Perlawanan kelayakan itu akan diteruskan dengan pada 28 Januari 2020 dengan pasukan Buriram United telah pun tiba di China dalam misi untuk mara ke peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN