Sarawak United Buka Pengambilan, Jawatan Kosong Sebagai Presiden

Sebentar tadi, media rasmi Sarawak United telah pun mengeluarkan kenyataan baharu mengenai keadaan semasa pasukan yang boleh dianggap sangat menyedihkan.

Sarawak yang tampil sebagai salah satu pasukan paling bermasalah musim ini dalam saingan Liga Super jelas dilihat gagal untuk menyelesaikannya sehingga kini.

Antara kemelut yang melanda pasukan itu pastinya berkenaan pengurusan yang dilihat tidak konsisten serta masalah gaji dalam kalangan para pemain.

Malah, mereka juga tersingkir lebih awal semalam dalam saingan Piala Malaysia di tangan naib juara Liga Premier 2022,  Kelantan dengan keputusan agregat 2-1 di Kota Bharu.

Sebelum itu lagi, Sarawak United juga gagal memberi aksi lebih menyakinkan dalam saingan Liga Super apabila menamatkan cabaran di kedudukan ke-11 menerusi lima kemenangan sahaja daripada 22 perlawanan.

Terbaharu, pasukan tersebut telah pun membuka jawatan kosong kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS)

Jelas kenyataan tersebut, Dato Posa Majais kini mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menggantikan kedudukan beliau sebagai Presiden FAS sekali gus sebagai Pengerusi Sarawak United.

Selain itu, Posa juga menjelaskan diri beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai pelesenan kelab serta memastikan semua urusan dalaman kelab berjalan lancar.

“Saya sangat mengalu-alukan individu yang berminat dan berhasrat menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) merangkap Pengerusi Sarawak United (SUFC) untuk datang ke pejabat dan berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini.

“Berkenaan dengan pelesenan kelab, saya selaku Presiden akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kesemua urusan tadbir berjalan lancar.

“Sekiranya keputusan samaada lulus atau tidak perlesenan kelab untuk tahun hadapan 2023, bagi pihak SUFC dengan rendah diri akan akur dengan keputusan jawatankuasa rayuan sekiranya terpaksa bermain di liga divisyen kedua,” jelas Posa menerusi kenyataan itu.

Pada masa sama, Posa juga mengingatkan kepada bakal pengganti beliau harus bertanggungjawab juga untuk menjaga lima pasukan lain iaitu kelab senior, bawah 23 (B-23), bawah 20 (B-20), futsal lelaki dan wanita yang memerlukan perbelanjaan besar.

“Urus tadbir semua pasukan SUFC memerlukan dana kewangan yang besar bagi memastikan semua pasukan beraksi dalam penganjuran Liga Malaysia (Liga-M).

“Turun naik sesebuah pasukan tidak mustahil menjadi pemangkin semangat kami untuk kembali ke kancah Liga Super 2024, InsyaAllah,” tambah beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN