Borussia Dortmund Luah Rasa Teruja Untuk Beraksi Di SSI

Semalam, laman Johor Southern Tigers (JST) telah pun mengumumkan satu lagi berita positif dalam bola sepak negara, apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) sah bakal melayan kunjungan Borussia Dortmund pada 28 November ini.

Perkara itu jelas mendapat reaksi positif dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan terutama sekali peminat JDT, kerana mereka bakal melihat dengan lebih dekat aksi pasukan gergasi dari Jerman itu tidak lama lagi.

Sebelum itu, Malaysia pada asalnya bukan destinasi yang akan dikunjungi oleh Dortmund kerana mereka telah pun menetapkan Singapura, Indonesia, dan Vietnam untuk mengadakan aksi persahabatan.

Namun disebabkan insiden gelap yang menimpa Indonesia pada bulan lalu yang disebut Tragedi Kanjuruhan sehingga mengorbankan banyak nyawa menyebabkan Dortmund tidak akan tiba di sana.

Secara tidak langsung, dua aksi persahabatan bersama kelab tempatan di sana iaitu Persib Bandung dan Persebaya Surabaya turut terbatal.

Untuk aksi bertemu yang dianggap membanggakan ini, JDT jelas mengalu-alukan kedatangan Dortmund dan menganggap ia sebagai sesuatu yang ikonik.

“Kami berbangga untuk mengalu-alukan kehadiran Borussia Dortmund untuk perlawanan persahabatan kelab antarabangsa bertemu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik sebagai sebahagian dari Jelajah Asia BVB 2022.

“JDT dan gergasi Jerman ini sudah mempunyai kerjasama yang baik sejak kolaborasi Akademi dan perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Larkin pada tahun 2015.

“Ianya adalah satu kebanggaan untuk menerima kunjungan pasukan bereputasi seperti Borussia Dortmund sekali lagi dan kali ini di rumah baharu kami,” jelas DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerusi JST.

Pada masa sama, wakil kelab gergasi Jerman itu juga jelas teruja dan gembira kerana mereka dapat kembali ke Johor untuk bertemu JDT sejak pertemuan kali terakhir pada tahun 2015.

“Kami begitu teruja dan gembira dapat kembali semula ke Johor Bahru untuk bertemu rakan lama kami dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, di mana kali terakhir kami bertemu adalah pada tahun 2015.

“Pasukan kami tidak sabar untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih dan untuk bertemu dengan peminat dan penyokong kami di Malaysia sekali lagi,” jelas Mr Benedikt Scholz selaku Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Komersil.

Selain itu, mereka turut menghargai jalinan kerjasama antara dua kelab tersebut sambil menyatakan pengalaman lalu pada tahun 2015 sebagai sesuatu yang tidak akan dilupakan.

“Kami sangat menghargai jalinan kerjasama dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan DYAM Tunku Mahkota Johor dan atas sebab itu kami berbesar hati kerana dapat melangsungkan perlawanan ini sebagai sebahagian daripada JELAJAH ASIA BVB 2022.

“Kami di BVB teruja untuk mengulangi kembali perlawanan yang pernah berlangsung pada 2015 dan menjangkakan sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan,” menurut Dr Suresh Letchmanan, Pengarah Urusan Borussia Dortmund Asia Pasifik.

Sumber:
Johor Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN