‘Tiada Lagi Nyawa’ – Melaka & Sarawak Tak Akan Beraksi Di Liga Super 2023

Sebentar tadi Malaysian Football League (MFL) telah pun mengeluarkan kenyataan baharu mengenai status pelesenan kelab untuk dua pasukan iaitu Melaka United dan Sarawak United.

Menurut kenyataan dikeluarkan, rayuan kedua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super musim ini sebelum itu untuk memohon Lesen Kebangsaan telah pun ditolak.

Keputusan tersebut telah pun disahkan oleh MFL setelah satu mesyuarat telah dibuat dengan membabitkan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) MFL.

Ianya diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa badan tersebut iaitu Mohamad Yasin Abdullah menerusi pemakluman sendiri sekali gus mengesahkan Melaka dan Sarawak tidak akan beraksi pada musim hadapan dalam saingan tersebut.

“Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), telah pun bermesyuarat dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Melaka United FC (MUFC) dan Sarawak United FC (SUFC) untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak.

“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan pada hari ini oleh Mohamad Yasin Abdullah melalui pemakluman rasmi  sekali gus menyaksikan MUFC dan SUFC tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023.

“AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022 selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, Melaka dan Sarawak masing-masing dilihat mempunyai masalah dalaman yang agak teruk sehingga memberi kesan dalam pasukan untuk beraksi.

Masalah tunggakan gaji antara yang paling kerap timbul sepanjang persaingan liga berlangsung dan ada sesetengah pemain meluahkannya di media sosial.

Malah beberapa jam lalu, Sarawak telah pun mengeluarkan kenyataan mereka untuk membuka jawatan kosong bagi kedudukan presiden baharu.

Dari segi konsistensi aksi permainan pula, kedua pasukan tersebut turut mengalami masalah dengan Melaka United berada di tangga ke-10 sahaja, sementara Sarawak menghuni kedudukan ke-11.

Paling terkesan pastinya Sarawak United, apabila ini menjadi musim terbaharu mereka melayakkan diri ke saingan Liga Super setelah tampil cemerlang tahun lalu sebagai naib juara Liga Premier.

Untuk Melaka pula, saban tahun pasukan ini pastinya akan mempunyai masalah gaji dan lebih memalukan ia turut membabitkan tunggakan kepada pemain import.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN