Sanusi Md Nor Pertahan Jawatan Kepimpinan Bola Sepak Kedah

Datuk Seri Sanusi Md Nor

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor telah mempertahan kepimpinan jawatan sebagai pemimpin bola sepak Kedah untuk satu penggal lagi.

Hal ini berlaku selepas Sanusi telah mempertahan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi satu lagi penggal untuk tahun 2022 hingga 2026.

Sanusi berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden KFA selepas beliau menang tanpa bertanding bagi kedudukan tersebut.

Oleh kerana menang tanpa bertanding, Sanusi tidak perlu menghitung nasibnya pada Kongres Persatuan Bola Sepak kedah kali ke-47 yang akan diadakan pada 6 April ini.

Untuk rekod, Sanusi akan bersama-sama Ahli Eksekutif Wanita, Nadia Shukri yang turut menang tanpa bertanding bagi jawatannya itu.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan lain masih lagi terbuka dengan 6 April ini bakal menentukan nasib calon-calon yang cuba mengintai peluang menerajui persatuan.

Berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir bagi Ahli Eksekutif KFA bagi penggal 2022-2026:

  • Presiden (1 kouta): Datuk Seri Sanusi Md Nor [menang tanpa bertanding]
  • Timbalan Presiden (1 kouta): Datuk Abdul Rahman Abdullah, Yusuri Yusof
  • Naib Presiden (3 kouta): Datuk Salleh Saidin, Radhi Mat Din, Datuk Syed Yussof Syed Othman, Shahrol Niza Omar, Nesar Ahmad Khan
  • Ahli Eksekutif (8 kouta): Aizad Roslan, Idzham Nordin, Jusrianuar Jamarudin, Rosmani Rased, Beh Ying Shen, Fuad Abdullah, Shafferi Rejab, M. Youvarajan, Badrul Hisham Sulaiman, K. Gobalakrishnan, Jasni Shafie, Farhan Ahmad, Nazrulnizam Nat, Zulzuraidy Othman
  • Ahli Eksekutif Wanita (1 kouta): Nadia Shukri [menang tanpa bertanding]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN