‘Sampah’ – Rodri Tak Gembira Melihat Corak Permainan Scotland

Ketua pasukan Sepanyol, Rodri tampil menghentam corak permainan yang ditunjukkan oleh Scotland selepas mereka tewas 2-0 di tangan skuad kendalian Steve Clarke itu.

Rodri bahkan menganggap Scotland tidak bermain bola sepak yang sebenar dan sekadar menunjukkan corak permainan sampah ketika kedua-dua pasukan itu dipertemukan awal pagi tadi.

Dua jaringan dari Scott McTominay sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 2-0 The Tartan Army itu menewaskan Sepanyol di pusingan kelayakkan Euro 2024.

Ia juga merupakan kali pertama Scotland menewaskan Sepanyol sejak dari tahun 1984 dan jelas sekali kemenangan tersebut sangat-sangat bermakna untuk mereka.

Skuad kendalian Steve Clarke itu kini sudah berjaya mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan di peringkat kumpulan A dalam aksi kelayakkan Euro 2024.

Sebelum menewaskan Sepanyol 2-0, Scotland terlebih dahulu menewaskan Cyprus 3-0 pada hujung minggu lalu.

Melihat aksi konsisten dan meyakinkan Scotland, ramai pihak yang memuji persembahan mereka, namun selepas kejayaan mereka menewaskan Sepanyol, salah seorang pemain pasukan lawan tampil menghentam mereka tanpa belas.

Rodri jelas sekali tidak gembira dengan apa yang dipersembahkan oleh Scotland dan ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan, pemain midfield itu menyatakan bahawa:

“Cara bagaimana mereka bermain, bagi saya ianya sampah. Mereka selalu buang masa, mereka provok kamu, mereka asyik jatuh. Bagi saya, ini bukan bola sepak.”

“Pengadil patut masuk campur dalam hal ini. Ia sedikit mengecewakan kerana kami mahukan kemenangan dan agak sukar kerana mereka selalu buang masa, terlalu membuang masa. Itulah apa yang berlaku.”

“Mereka ada senjata mereka, kami ada senjata kami, dan kami akan jadikan ia pengajaran untuk masa hadapan.”

Rodri kemudiannya turut bercakap tentang rumput di Hampden Park sebelum mengakui yang skuadnya juga perlu lakukan perubahan.

“Mereka bermain permainan yang bagus, rumput bukan alasan, mereka ada cara mereka sendiri. Gol pertama itu bagi kesan kepada kami. Mereka bermain dengan lima pertahanan, sangat ketat. Kita ada pilihan, tetapi bola tidak mahu masuk.”

“Ia semakin jelas selepas mereka jaringkan dua gol. Kami sudah mencuba, dua kena palang, satu sangat jelas dari bola mati. Kami perlu perbaiki banyak hal, segala kesilapan itu sangat mahal.”

“Keputusan sudah muktamad, kami perlu perbaiki segala kealpaan, kesalahan mudah yang akhirnya menghukum kami. Ia perlukan usaha bersama.”

Kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Rodri sepertinya tidak diterima dengan baik oleh peminat di media sosial dengan rata-rata dari mereka menghentam bintang Manchester City itu.

“Maaf Rodri. Kamu diperlekehkan, Scotland berjaya mengayam-ayamkan Sepanyol. Mcginn mendominasi permainan, Tierney tenang jinakkan Carvajal. Persembahan mereka berhak untuk dibanggakan.”

“Saya ketawa mendengar ini. Tahap permainan Sepanyol sebenarnya sangat memalukan dan kamu tak sepatutnya menganggap permainan lawan sampah.”

“Dia lupa ketika dia bermain bersama Diego Simeone, itulah apa yang dia persembahkan, sekarang ketika dia yang terkena, dia anggap ia corak permainan sampah.”

Ini bukanlah kali pertama Rodri menghentam negara lawan ketika temubual selepas tamat perlawanan, dengan beliau juga turut pernah menghentam Maghribi ketika mereka bertemu di pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia Qatar.

Beliau bahkan menganggap yang Maghribi sebenarnya langsung tak buat apa-apa, hanya menanti untuk melakukan serangan balas sebelum menang perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti.

“Maghribi langsung tak buat apa-apa. Saya bukan mahu perlekehkan mereka.”

Jelas Rodri.

“Dalam perlawanan, mereka memang tak buat apa-apa. Mereka hanya menanti untuk serangan balas. Mereka tunggu di belakang dan cuba untuk serang kami.”

Adakah Rodri benar yang corak permainan Scotland sampah? atau beliau tak sedar yang Sepanyol sendiri kini semakin teruk? bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN