Juara Liga Super 2023 Bakal Peroleh RM2.4 Juta

Liga Super 2023

Malaysian Football League (MFL) telah memperkenalkan mekanisme baharu dalam mengagihkan wang pendapatan kepada setiap 14 pasukan yang bertanding.

Agihan tersebut yang berasaskan kepada merit terhadap prestasi pasukan dalam saingan Liga Super 2023.

Menerusi mekanisme ini, MFL akan membahagikan sama rata jumlah pendapatan bernilai RM500 ribu kepada semua 14 pasukan.

Namun begitu, perbezaan akan dilihat menerusi agihan pendapatan berdasarkan merit dan di sinilah perbezaan ketara akan dapat dilihat menerusi setiap pasukan berdasarkan kedudukan akhir liga mereka.

Menurut MFL, agihan pendapatan menerusi merit ini akan diteruskan sehingga musim 2025 kelak.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, jumlah wang agihan pendapatan meningkat dengan cukup signifikan daripada RM7.975 juta pada musim lalu kepada RM15.675 juta tahun ini dengan ianya akan diagihkan pada akhir saingan.

“Sistem agihan pendapatan berdasarkan merit ini sudah dibentangkan kepada semua Rakan Kongsi Liga dalam pertemuan bersama CEO-CEO kelab Liga Malaysia pada 15 Februari 2023 di mana sistem agihan pendapatan ini dilihat lebih adil buat kelab-kelab yang mempamerkan prestasi cemerlang pada sepanjang musim Liga Malaysia 2023.

“Pembentangan itu mendapat reaksi cukup baik dan mereka menerima cadangan agihan pendapatan berdasarkan merit untuk diperkenalkan tahun ini,” ujar Stuart.

Siapa akan dapat berapa?

Musim ini, kita akan dapat saksikan juara Liga Super akan memperoleh wang agihan pendapatan melebihi daripada RM2 juta.

Dengan jumlah agihan wajib RM500 ribu ditambah dengan wang merit RM1.9 juta, ia akan menjadikan juara Liga Super memperoleh RM2.4 juta pada akhir musim ini.

Jumlah itu boleh dikatakan agak jauh nak dibandingkan dengan naib juara apabila mereka akan menerima keseluruhan RM1.9 juta sahaja.

Bagi pasukan terbawah Liga Super pula, mereka akan menerima maksima RM600 ribu sahaja selepas wang merit yang diperuntukkan adalah RM100 ribu sahaja.

Sementara itu, hanya dua pasukan daripada Piala MFL akan menerima wang agihan pendapatan ini iaitu juara dan naib juara sahaja.

Juara akan menerima RM500 ribu sementara RM250 ribu pula untuk naib juara.

Berikut adalah senarai penuh agihan wang jumlah pendapatan Liga Super 2023 berdasarkan kedudukan pasukan:

  1. RM500 ribu+RM1.9 juta = RM2.4 juta
  2. RM500 ribu+RM1.4 juta = RM1.9 juta
  3. RM500 ribu+RM1 juta = RM1.5 juta
  4. RM500 ribu+RM700 ribu = RM1.2 juta
  5. RM500 ribu+RM550 ribu = RM1.05 juta
  6. RM500 ribu+RM500 ribu = RM1 juta
  7. RM500 ribu+RM400 ribu = RM900 ribu
  8. RM500 ribu+RM350 ribu = RM850 ribu
  9. RM500 ribu+RM 300 ribu = RM800 ribu
  10. RM500 ribu+RM250 ribu = RM750 ribu
  11. RM500 ribu+RM200 ribu = RM700 ribu
  12. RM500 ribu+RM150 ribu = RM650 ribu
  13. RM500 ribu+RM125 ribu = RM625 ribu
  14. RM500 ribu+RM100 ribu = RM600 ribu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN