Jurulatih Hong Kong Terkenang Saat Mudah Jinakkan Malaysia, Siapakah Pemain Yang Tumbang Pada 2017?

Jorn Andersen Malaysia Hong Kong pemanas badan

Menurut ketua jurulatih Hong Kong, barisan pemain Malaysia ketika ini sudah berbeza dengan yang sebelum ini, yang mudah untuk ditewaskan.

Malaysia ketika ini sudah mula dibarisi oleh pemain naturalisasi berbanding sebelum ini dan ia telah memberi wajah yang jauh berbeza buat skuad kebangsaan. Menurut pengendalinya, Jorn Andersen yang ditemui di sidang media pra-perlawanan, kualiti permainan Malaysia kini sudah ditingkatkan.

Kali terakhir beliau bertemu Malaysia sebelum menyertai Hong Kong pada tahun 2021 adalah di kelayakan Piala Asia 2019 pada 2017, ketika beliau membimbing Korea Utara – mereka merekodkan kemenangan selesa 4-1.

Bukan sekali tetapi dua kali mereka menang dengan keputusan yang sama.

Hampir 50 peratus pemain Malaysia kini pemain naturalisasi. Masa saya bersama Korea Utara, kami mudah untuk tewaskan mereka,” ujarnya.

Berbanding sebelum ini, kualiti skuad mereka sudah jauh meningkat. Saya suka gaya permainan mereka – pantas dan menyerang,” tambahnya lagi.

Beliau sudah pernah merasai ditewaskan oleh skuad Malaysia ‘baharu’ ini pada Jun lalu dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Bukit Jalil.

Malaysia telah menang 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid dan Safiq Rahim.

Kehadiran pemain-pemain naturalisasi dan berdarah campuran ini telah membantu Malaysia meningkatkan tahap mereka di Asia,” tegasnya lanjut.

Berdasarkan rekod, pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh telah membuat penampilan sulung pada Oktober 2018.

Jadi, siapakah pemain-pemain yang membarisi skuad Harimau Malaya dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Andersen pada 2017?

Ini adalah barisan pemain untuk perlawanan pertama yang berlangsung pada 10 November di lokasi berkecuali – Stadium New I-Mobile, Buriram.

Malaysia Korea Utara 2017 (1)
Malaysia vs Korea Utara

Ini pula barisan pemain bagi perlawanan kedua yang berlangsung pada 13 November di lokasi yang sama – Stadium New I-Mobile, Buriram.

Malaysia Korea Utara 2017 (2)
Malaysia vs Korea Utara

Jika pembaca perasan, terdapat pemain berdarah campuran dalam kedua-dua aksi iaitu Kiko Insa – yang mungkin Andersen terlepas pandang.

Untuk aksi malam ini, Andersen memberi jaminan mereka akan tampil lebih baik berbanding ketika dikalahkan anak buah Kim Pan-gon, Jun lalu.

Kami selalu cuba pendekatan baharu. Bagi saya, ia dua perlawanan yang berbeza,” ungkapnya tentang pertembungan kedua dengan Malaysia.

Malaysia akan sentiasa menyerang dan menekan kami di garisan tinggi tetapi saya boleh berjanji yang skuad kali ini lebih kuat berbanding ketika kedua-dua pasukan bertembung sebelum ini,” jelasnya lanjut.

Beliau juga menuntut anak buahnya untuk menang aksi ini dan menekankan kekuatan pertahanannya, “Saya tahu benteng saya kuat, saya tidak takut.

Sebelum ini kami tewas 0-2, tetapi perkara dah berlalu. Kami akan cuba untuk menang dan kami juga boleh beri ancaman kepada mereka.” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN