Kedah Darul Aman (KDA) dilihat semakin merosot dari segi prestasi mereka di atas padang selain keputusan perlawanan yang agak hambar dicatat baik dalam saingan domestik, atau di kejohanan Piala AFC.
Terbaharu, kelab tersebut sah tersingkir di peringkat separuh akhir zon Asia Tenggara bagi kejohanan tersebut setelah ditewaskan PSM Makassar dengan keputusan 1-2.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | PSM Makassar 2 – 1 KDA FC
⚽ 31' Y SAYURI (PSM MAKASSAR)
⚽ 54' Y FERNANDES (PSM MAKASSAR)
⚽ 86' FAYADH (KDA FC)#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #afccup2022 #aseanzone #semifinal pic.twitter.com/RVBul7smjU— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 9, 2022
Kekalahan tersebut juga menjadikan KDA gagal untuk melakar sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut, dan menghadirkan rasa resah dalam kalangan para penyokong.
Beberapa spekulasi telah keluar sebelum itu di media sosial dengan menyatakan faktor gaji sebagai salah satu sebab prestasi KDA semakin merosot ketika ini.
Namun isu gaji dikhabarkan bukan penyebab utama mengenai prestasi semasa KDA ketika ini seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak di media sosial.
Menurut Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), beliau menegaskan jumlah gaji yang diterima oleh jurulatih serta pemain jauh lebih tinggi berbanding lawan mereka lalu iaitu PSM Makassar.
Pendapat beliau, faktor pada kemerosotan itu mungkin berlaku disebabkan teknik dan strategi permainan yang tidak begitu ampuh selain melihat isu kesungguhan serta komitmen para pemain wajar dipertingkatkan.
“Pada aksi separuh akhir Piala AFC di mana KDA FC tunduk 1-2 di tangan PSM Makassar di Bali, saya sempat menemui dan bertanyakan pengurusan pasukan itu mengenai gaji pemain dan jurulatihnya.
“Mereka (PSM Makassar) menggunakan jurulatih dari Portugal dan membayar gaji sekitar USD10,000. Kita (KDA FC) bayar ‘double’ berbanding mereka untuk jurulatih kita, pemain import mereka pula paling tinggi dibayar kira-kira USD15,000, kita paling tinggi lebih daripada itu.
“Jadi saya tak fikir masalah pendapatan atau pun bayaran (gaji) pemain dan jurulatih menjadi punca kepada kemerosotan prestasi pasukan (KDA FC), tetapi mungkin dari segi teknik dan strategi atau benda-benda baharu yang perlu dihasilkan,” katanya menerusi Harian Metro.
Untuk rekod semasa dalam saingan Liga Super, KDA ketika ini berada di tangga kelapan dengan mengumpul 17 mata daripada 13 perlawanan dihadapi mereka.
📊 KEDUDUKAN – LS16#LigaSuper2022 pic.twitter.com/tdnpNcfe0g
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 13, 2022
Pasukan tersebut juga telah pun terlepas daripada saingan Piala FA dengan lebih awal apabila merekodkan kekalahan di Terengganu lalu dalam aksi suku akhir.
Walaupun berjaya mendapatkan dua pemain import baharu pada jendela perpindahan pemain kedua lalu, KDA masih gagal memberikan impak terbaik menerusi keputusan dalam setiap perlawanan mereka.
Kali terakhir KDA mencatat kemenangan ketika mereka menewaskan Sarawak United pada 19 Julai lalu dengan keputusan 3-1 di Stadium Darul Aman.
6 PERLAWANAN DI ALOR SETAR, SANG KENARI BURU MATA MAKSIMA PERBAIKI KEDUDUKAN.
Di pusingan kedua liga, Sang Kenari perlu merebut semaksima mungkin mata bagi memperbaiki kedudukan liga dari tangga ketujuh ke 4 teratas carta. pic.twitter.com/cjG1pfWxmM
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 11, 2022
Pada aksi seterusnya, skuad kendalian Aidil Sharin bakal berdepan satu lagi perlawanan getir menentang Sabah di laman sendiri pada 17 Ogos ini.