Manchester United Kini Berada Di Kedudukan Tercorot Selepas Diaibkan Oleh Brentford

Manchester United pada ketika ini sedang berada di kedudukan tercorot dalam carta saingan Premier League, selepas mereka baru sahaja diaibkan oleh Brentford malam semalam.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu mencatatkan kekalahan kedua mereka dari dua perlawanan pertama pada musim baharu ini.

Lebih pedih lagi, kekalahan kali ini menyebabkan skuad Manchester United berada di kedudukan tercorot dalam carta saingan liga dan hal itu benar-benar membimbangkan para peminat.

The Red Devils pada awalnya dianggap sebagai calon juara pada musim ini selepas mereka menunjukkan kecemerlangan dalam aksi pra-musim.

Walau bagaimanapun, sebaik musim ini bermula, juara 13 kali gelaran EPL itu sudah rebah dibelasah Brighton.

Kali ini, mereka mencatatkan kekalahan yang lebih memalukan lagi dengan anak-anak buah Erik ten Hag itu diganyang oleh Brentford pula.

Kesemua empat gol Brentford berjaya dijaringkan pada aksi babak pertama perlawanan dan Manchester United hanya mampu bertahan serta mengelak gawang mereka dibolosi sekali lagi pada aksi babak kedua.

Man United jelas sekali terlalu lemah dan tak bermaya untuk bersaing dengan Brentford dalam perlawanan ini dan mereka sepertinya hanya akur dibelasah tanpa belas.

Kekalahan di halaman lawan ini merupakan yang ketujuh secara berturut-turut dan ia merupakan rekod terburuk dicatatkan oleh kelab sejak 1936.

Manchester United selepas ini akan turun beraksi bertemu Liverpool di Old Trafford dan tentu sahaja para peminat bimbang mereka akan sekali lagi diaibkan oleh seteru utama kelab itu.

Musim lalu The Red Devils dua kali dibelasah oleh Liverpool dari dua pertemuan antara mereka dalam saingan Premier League.

Melihat aksi hambar yang dipersembahkan oleh para pemain dari dua perlawanan awal ini, peminat jelas sekali bimbang kelab kesayangan mereka itu akan sekali lagi menjadi lauk kenduri Liverpool.

Seandainya mereka tewas bertemu Liverpool, maka ia bakal menjadi kekalahan ketiga mereka secara berturut-turut dari tiga perlawanan awal musim ini.

Hal itu secara tak langsung akan menyebabkan Manchester United terus berada di kedudukan tercorot untuk tempoh satu minggu lagi menjelang aksi bertemu Southampton pada 27 Ogos nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN