Santokh Singh Cadang FAM Wujudkan Pasukan Simpanan Harimau Malaya

Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewujudkan pasukan simpanan untuk skuad sedia di dalam pasukan negara.

Ini bertujuan mewujudkan sistem sokongan bagi pasukan kendalian Tan Cheng Hoe menjelang perlawanan atau kejohanan tertentu melibatkan skuad kebangsaan.

Datuk Santokh Singh

Pendapat itu dicadangkan oleh Santokh ketika pertemuan bekas-bekas pemain negara bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Kelana Jaya semalam.

Menurut Santokh, FAM boleh menyediakan dua pasukan iaitu Harimau Malaya A dan Harimau Malaya B demi kelangsungan pemain ke pasukan utama.

Bercakap kepada Berita Harian seperti yang dilaporkan pada hari ini, beliau berkata: “Ia bermaksud kita tidak perlu risau andai kata ada pemain cedera.

“Sebagai contoh jika Azam Azih cedera kita terus ada seorang lagi pemain miripnya sebagai ganti tanpa membuang masa.”

Ketiadaan Azam Azih dalam perlawanan menentang Vietnam pada bulan lalu dirasai. Kredit: Goal.com

Santokh Singh turut memuji inisiatif yang diambil oleh Presiden FAM itu untuk mengadakan pertemuand dengan bekas pemain kebangsaan dan menyifatkannya sebagai bagus demi pembangunan bola sepak di negara ini.

“Pengalaman kami selaku orang lama dalam bola sepak kini didengar dengan setiap daripada kami melontarkan idea secara telus,” tambah beliau.

Antara bekas pemain yang hadir dalam pertemuan tersebut semalam ialah Datuk Soh Chin Aun, Datuk Hassan Sani, Datuk Jamal Nasir, Zainal Abidin Hassan, Khalid Ali, Azman Adnan, K Gunalan, Malek Rahman, Stanley Bernard, Hasnizam Uzir dan Asmawi Bakiri.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN