Rehat musim panas merupakan hal yang paling tidak dicemari oleh para penyokong kerana tiada hiburan yang boleh ditonton.
Namun pada masa yang sama, rasa sunyi para peminat terubat dengan melayan jendela perpindahan yang dibuka pada ketika itu.
Para peminat jadi semakin teruja untuk menyaksikan dan mengikuti perkembangan semasa berkait kelab mereka, dengan melihat pemain keluar dan masuk.
Chelsea’s signings in our last two summer transfer windows…
Ziyech – £36m
Werner – £47m
Chilwell – £45m
Thiago Silva – Free
Sarr – Free
Havertz – £72m
Mendy – £21m
Bettinelli – Free
Lukaku – £98m
Saùl – LoanPhenomenal. pic.twitter.com/swFiaMfN59
— LDN (@LDNFootbalI) September 2, 2021
Tidak keterlaluan untuk menganggap yang para peminat pada ketika itu akan kerap membuka aplikasi media sosial untuk mengetahui berita perpindahan semasa.
Nama Fabrizio Romano sudah tentu menjadi sebut-sebutan para peminat kerana beliau merupakan sumber paling dipercayai ramai jika melibatkan isu perpindahan pemain.
Wabak pandemik jelas sekali mengganggu perjalanan kebanyakan kelab bola sepak, terutama melibatkan kewangan mereka.
Dek kerana itu jugalah kebanyakan kelab gergasi terpaksa melepaskan bintang utama mereka, dalam usaha untuk mendapatkan dana tambahan.
Atas alasan sama juga jendela perpindahan musim panas 2021 menjadi hangat dengan ramai pemain berprofil tinggi melengkapkan perpindahan menyertai pasukan baru.
🔴 Manchester United spending – last four transfer windows:
❄️ Winter 2020 – £67.7m
☀️ Summer 2020 – £54.4m
❄️ Winter 2021 – £37.2m
☀️ Sumer 2021 – £114m pic.twitter.com/caELa0B7S6— Football Daily (@footballdaily) August 23, 2021
Kebanyakan pemain berprofil tinggi pada ketika itu bukan hanya dijual oleh kelab, bahkan ada antara mereka yang meninggalkan kelab kerana kontrak tidak diperbaharui.
Jendela perpindahan musim panas 2021 turut memperlihatkan beberapa rekod baru dipecahkan dan ramainya bintang terhebat dunia menyertai kelab berbeza.
Namun adakah bintang-bintang ini berjaya membantu kelab masing-masing? Adakah mereka berjaya menepati ramalan dan harapan kelab baru?
Sepertinya bukan semua pembelian pada musim panas 2021 yang berjaya memberi impak positif kepada kelab baru masing-masing.
PSG's summer transfer window:
🇦🇷 Lionel Messi: Free transfer
🇪🇸 Sergio Ramos: Free transfer
🇮🇹 Gianluigi Donnarumma: Free transfer
🇳🇱 Georginio Wijnaldum: Free transfer
🇲🇦 Achraf Hakimi: £54mCould be one of the best windows of all time if you forget about the huge wages. 😂😳
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) August 7, 2021
Berikut merupakan lima penandatanganan musim panas 2021 yang gagal memberi impak seperti yang diharapkan oleh kelab masing-masing.
5) Memphis Depay (Barcelona)
Ronald Koeman sangat berminat untuk membawa Memphis Depay ke Nou Camp pada musim panas 2020.
Walau bagaimanapun, kedudukan ekonomi kelab yang sangat teruk pada ketika itu menyebabkan usaha beliau menemui kegagalan.
Koeman akhirnya berjaya untuk mendapatkan khidmatnya sebagai pemain bebas ejen pada jendela perpindahan musim panas 2021.
Memphis Depay offered escape from Barcelona nightmare six months after joininghttps://t.co/ODI5RpzRWW pic.twitter.com/5TufX7WyOT
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 12, 2022
Depay sepertinya melalui kehidupan awal yang agak baik bersama Barcelona, namun semakin tinggi pengharapan yang diletakkan ke atasnya, semakin merosot persembahan yang beliau persembahkan.
Walau bagaimanapun, beliau kini tetap menjadi pemain harapan kelab di posisi serangan, namun harus diakui terlalu sukar untuk beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lionel Messi.
Depay diharapkan akan mampu menjadi pemain penyerang yang prolifik di hadapan gol, namun sepertinya hal itu masih belum menjadi kenyataan.
Beliau kini berjaya menjaringkan lapan gol dan mencatatkan dua assists dari 23 penampilan dalam semua pertandingan untuk gergasi Catalan itu.
Walau catatan yang beliau catatkan itu boleh dianggap hebat, namun untuk kelab seperti Barcelona, mereka sudah tentu menuntut yang lebih lagi dari bintang Belanda itu.
😯 This probably wasn't how Memphis Depay pictured it..
— SPORF (@Sporf) January 15, 2022
Sport mendakwa yang Barcelona pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk melepaskan Depay pada musim panas akan datang, dengan Xavi terbuka untuk menjualnya.
4) Georginio Wijnaldum (Paris Saint-Germain)
Georginio Wijnaldum telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai antara pemain central midfielder terbaik di benua Eropah ketika kariernya bersama Liverpool.
Gergasi Premier League itu walau bagaimanapun tidak bersedia untuk menerima permintaan gaji lumayan dari Wijnaldum dan memandangkan usianya sudah mencapai 30 tahun, maka bintang Belanda itu memilih untuk meninggalkan kelab sebaik kontraknya tamat.
Gini Wijnaldum 'isolated' at PSG as Arsenal advised to make transfer move https://t.co/gDM92fzxra pic.twitter.com/KQM1mmwh4M
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 12, 2022
Beliau meninggalkan kelab pada musim panas lalu sebagai pemain bebas ejen kerana mahu mencari kelab yang boleh menawarkan gaji lebih tinggi kepadanya.
Paris Saint Germain segera menyambar Wijnaldum dan sudah tentu beliau diharapkan akan mampu memperkuat posisi midfield kelab yang ketika itu sudah sedia ada bagus.
Beliau juga turut cemerlang ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Netherlands dalam saingan Euro 2020 pada musim panas lalu dengan menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan tersebut.
Walau bagaimanapun, Wijnaldum sepertinya gagal untuk mendapatkan persembahan terbaiknya ketika beraksi bersama Paris Saint Germain.
Bukan hanya gagal untuk mendapatkan persembahan terbaiknya, bahkan Wijnaldum juga gagal untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya sepanjang tempoh berada di Paris.
🚨 Georginio Wijnaldum wants to stay at PSG this month and turn the situation around in order to finish his first season at PSG in the best possible way.
(Source: @SaberDesfa) pic.twitter.com/p08jpFti1Q
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 9, 2022
Setakat ini, beliau hanya 11 kali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama PSG dalam saingan Ligue 1 dengan beliau hanya mampu menjaringkan satu gol dan mencatatkan dua assists sepanjang tempoh tersebut.
Wijnaldum gagal untuk menyumbang sesuatu kepada kelab dan jelas sekali tidak mencapai standard yang diharapkan oleh kelab.
Lebih teruk lagi, beliau juga pada ketika ini berada dalam senarai pemain yang mahu PSG lepaskan dalam masa terdekat ini.
3) Lionel Messi (Paris Saint-Germain)
Lionel Messi gagal mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di Parc des Princes dan berkemungkinan besar ia kerana pengharapan yang diletakkan ke atasnya terlalu berat untuk beliau pikul.
Walaupun beliau seorang pemain yang bijak, berbakat dan mempunyai keupayaan yang menakjubkan, namun Messi masih gagal untuk persembahkan tahap persembahan terbaiknya bersama kelab.
Rio Ferdinand on Lionel Messi and the Team of the Year…
"Messi, since he's been at PSG can't be in the conversation" 🙅♂️ pic.twitter.com/kWAPyeKzRd
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 14, 2022
Bintang Argentina itu walau bagaimanapun tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan dalam saingan Champions League pada musim ini.
Beliau berjaya menjaringkan lima gol dari lima penampilan dalam saingan Champions League, dan cemerlang membantu PSG untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
Namun aksi persembahan beliau dalam saingan Ligue 1 jelas sekali sangat mengecewakan dan ia benar-benar mencetuskan kebimbangan di hati pengurus kelab, Mauricio Pochettino.
Messi setakat ini hanya mampu menjaringkan satu gol dan mencatatkan lima assists dari 11 penampilan dalam saingan Ligue 1.
Bintang berusia 34 tahun itu memiliki segala kualiti dan kelebihan untuk membantu beliau mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya pada suku kedua musim ini.
PSG warned Lionel Messi and Kylian Mbappe issues unresolved as "complicated" plan doomedhttps://t.co/ar6y09cxfp pic.twitter.com/hxDL8DAQEL
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 13, 2022
Pihak kelab sangat berharap Messi akan mampu mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya untuk membantu PSG bersaing di pusingan kalah mati Champions League.
Namun begitu, setakat hari ini, beliau masih belum mampu untuk mencapai tahap seperti yang diharapkan oleh kelab.
2) Romelu Lukaku (Chelsea)
Romelu Lukaku sangat jelas sekali merupakan pemain terbaik Inter Milan ketika mereka berjaya menjuarai saingan Serie A musim 2020/21.
Selepas 11 tahun menanti, beliau berjaya membantu kelab untuk merangkul gelaran liga pertama mereka pada musim lalu.
Thomas Tuchel on Romelu Lukaku: “We do everything to help him. This is absolutely the wrong question. It is not about one player. It is a team sport, it is not about 10 players serving 1 player. This is not Chelsea. This is not football”. 🔵 #CFC pic.twitter.com/5jim50wGWT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 17, 2022
Namun begitu, dek kerana masalah kewangan kelab yang agak bermasalah pihak kelab memutuskan untuk menjual Lukaku dan Achraf Hakimi pada musim panas lalu.
Lukaku kemudiannya telah ditandatangani oleh bekas kelabnya, Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai €115 juta.
Selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam beberapa perlawanan awalnya bersama The Blues, aksi persembahan bintang Belgium itu dilihat semakin merosot.
Pada ketika ini, beliau merupakan antara pemain yang dianggap paling tidak berprestasi di Stamford Bridge dan lebih parah lagi beliau juga menjadi antara pemain paling teruk dikritik oleh para peminat.
Dek kerana temu bualnya yang sangat kontroversi sebelum ini, Lukaku semakin dibenci oleh para peminat dan menyebabkan persembahan beliau semakin terganggu.
Mana mungkin para penyokong tidak marah, selain mendedahkan yang beliau mahu kembali ke Milan, Lukaku turut mendedahkan yang Chelsea sebenarnya hanya pilihan kelima beliau selepas Inter, Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich.
Thomas Tuchel on Romelu Lukaku:
"This is what we do by the way constantly, for any player. It’s a team sport, not about ten players serving one player. This is not #Chelsea or football. Every player serves one team, this will never change." pic.twitter.com/2mTxkEMxMi
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) January 17, 2022
Walaupun kebanyakkan peminat berharap agar kelab menjual sahaja bintang Belgium itu, namun pengurus kelab, Thomas Tuchel tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Lukaku.
Walau bagaimanapun, bekas bintang Manchester United itu sama sekali tidak menunjukkan peningkatan dalam aksi dan persembahannya di atas padang, hingga menyebabkan peminat semakin bosan dengannya.
Pihak kelab mengeluarkan dana lebih €100 juta untuk mendapatkan khidmatnya, maka sudah tentu pihak kelab meletakkan harapan yang tinggi ke atas pemain penyerang itu.
Walau bagaimanapun, beliau masih belum mampu untuk memberikan impak seperti yang diharapkan oleh pihak kelab, dengan Lukaku hanya mampu menjaringkan lapan gol dan mencatatkan dua assists sahaja dari 22 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.
1) Jadon Sancho (Manchester United)
Manchester United mempunyai masalah ketiadaan pemain sayap kanan yang berkualiti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jadon Sancho sent warning amid Anthony Elanga's Manchester United form #mufc https://t.co/nDRfnQJxNe
— Man United News (@ManUtdMEN) January 16, 2022
Kerana itulah Jadon Sancho menjadi pemain sasaran utama mereka untuk ditandatangani sejak dari beberapa musim sebelum ini.
Mereka akhirnya berjaya melengkapkan perpindahan bintang England itu dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini dengan yuran perpindahan bernilai €85 juta.
Beliau berjaya menjaringkan 16 gol dan mencatatkan 20 assists dari 38 penampilan dalam semua pertandingan untuk Borussia Dortmund pada musim 2020/21.
Melihat kepada pencapaian beliau itu, ramai pihak menjangkakan yang Sancho bakal bersinar di Old Trafford dan akan mampu menjadi nadi utama jentera serangan kelab.
Namun begitu, Jadon Sancho jelas sekali gagal untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya sepanjang berada di Old Trafford dan turut dianggap sebagai penandatanganan yang gagal.
Pemain kebangsaan England itu hanya mampu menjaringkan dua gol dan masih belum merekodkan sebarang assists dari 23 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Red Devils.
Manchester United fans question big-money spending after 19-year-old academy graduate Anthony Elanga shone against Villa https://t.co/fJMh4CX78n
— Mail Sport (@MailSport) January 15, 2022
Walau bagaimanapun, di usia 21 tahun, Jadon Sancho masih mempunyai perjalanan yang sangat panjang dalam kariernya dan beliau memiliki waktu yang cukup untuk memperbaiki kekurangan yang ada.
Sancho jelas sekali memiliki kualiti yang sungguh menakjubkan untuk lebih bersinar namun setakat hari ini, beliau jelas sekali tidak menepati tahap yang diharapkan oleh kelab.