KBS Sokong Penuh Hajat FAM Bida Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia

Komitmen tinggi akan diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memberi sokongan atas usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membida selaku tuan rumah bagi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada Jun depan.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri di KBS menjelaskan pihak mereka akan memberi kerjasama yang rapat dengan FAM dalam memastikan usaha yang dilakukan tersebut berjaya dan berjalan lancar mengikut perancangan.

Beliau turut berkata sokongan penuh akan diberikan pada FAM supaya organisasi utama bola sepak negara itu tidak akan berdepan sebarang bentuk masalah untuk menjadi tuan rumah kepada saingan kumpulan kelayakan tersebut.

“Saya akan pastikan KBS dapat memberi komitmen yang tinggi untuk mencipta hubungan kerjasama rapat bagi memastikan apabila bidaan dibuat, ia akan mendapat hasil yang kita idam-idamkan dengan berjaya mendapat peluang cerah menjadi tuan rumah,”kata Ahmad Faizal pada media BERNAMA setelah selesai majlis pecah tanah ibu pejabat baharu FAM di Presint 5 sebentar tadi.

Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan mengenai bidaan sebagai tuan rumah bagi saingan itu menjadi antara matlamat utama FAM bagi memastikan skuad negara  mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri dalam misi untuk layaak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Datuk Yusoff Mahadi selaku pengurus skuad negaraa turut memberi pendapat mengenai pentingnya jaminan daripadaa kerajaan supaya aktiviti penganjuran tersebut dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah berlaku.

Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presideen FAM turut berkata kekangan yang perlu ditangani bagi pihaknya dalam membida sebagai tuan rumah adalah berkaitan prosess kuarantin selamaa tujuh hari yang ditetapkan kerajaan buat masa ini.

Untuk itu, beliau menjelaskan pihaknya bersamaa KBS akan mencipta kerjasama denga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamataan Negara (MKN) mengenai perkara tersebut.

“Isunya tujuh hari kuarantin, selain itu tiadaa isu lain yang berat. Jika kita ingin membuat bidaan, banyak lagi negara lain turut ingin membuat perkara yang sama.  Tak semestinya kita bida dan kita dapat. Apapun kita akan beri yang terbaik,”katanya.

Jelas Hamidin, dalam usaha untuk membida, FAM juga perlu menyediakan pelbagai perkara penting seperti penginapan, venue pertandingan dan padang latihan yang terbaik serta mampu untuk mengikut segala prosedur yang ditetapkan.

Ketika ini, skuad negara mempunyai misi penting dalam misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 setelah kali terakhir beraksi di kejohanan tersebut sewaktu menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007. Malaysia gagal meraih slot automatik  Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait dengan tempoh lebih 40 tahun.

Sumber:

Leave a Reply