Sama Rekod Jaringan, Pele Hantar Mesej Bermakna Buat Lionel Messi

Lionel Messi

Beliau mungkin kini berada dalam keadaan yang sukar bersama kelab yang dicintainya, namun ianya tidak menghalang untuk Lionel Messi untuk terus memecahkan rekod dalam bola sepak.

Terkini, beliau telah menyamai rekod jaringan yang dilakukan oleh legenda Brazil iaitu Pele untuk satu kelab dengan menghasilkan 643 gol.

Rekod itu berjaya disamai Messi ketika menjaringkan gol menentang Valencia tempoh hari. Dengan keadaan yang beliau masih lagi aktif bermain, bila-bila masa sahaja Messi boleh mengatasi rekod itu.

Kejayaan itu tidak diendahkan oleh Pele, malah beliau sendiri memberikan mesej yang penuh bermakna buat ketua pasukan Argentina itu.

“Apabila hati sudah dilimpahi dengan rasa cinta yang mendalam, sukar untuk kita menukar haluan. Seperti kamu, saya tahu apa perasaannya untuk menyarung jersi yang sama saban hari. Seperti kamu, saya juga tahu apa rasanya berada di tempat yang kita anggap seperti rumah.”

“Tahniah di atas rekod yang penuh bersejarah, Lionel. Tetapi yang paling utama, tahniah diatas karier yang gemilang di Barcelona.”

“Cerita seperti kisah kita yang mencintai kelab yang sama untuk tempoh yang lama malangnya adalah satu kisah yang asing dalam dunia bola sepak hari ini. Saya amat meminati kamu,” kata Pele menerusi Instagram beliau.

Pele menjaringkan 643 gol untuk kelab kesayangannya iaitu Santos apabila menghabiskan 19 musim bersama kelab Brazil itu.

Baca juga artikel kami mengenai Lionel Messi:

Ini ‘Manifesto’ Calon Presiden Barcelona Tentang Masa Depan Lionel Messi

Cristiano Ronaldo: Saya Tak Pernah Pun Anggap Messi Sebagai Pesaing Saya

Pirlo: Messi Pemain Hebat Tetapi Mungkin Dia Ada Masalah Psikologi

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN