Saksikan! Pemain Remaja Ini Melakukan Debut Profesional Dengan Tangan Palsu

Dalam bola sepak kita banyak disuapkan dengan kisah inspirasi. Namun kali ini ia adalah kisah yang sangat berbeza sekali nilainya.

Seorang pemain Remaja di Romani, Cosmin Lambru telah diberikan peluang untuk melakukan debut profesional beliau untuk pasukan Petrolul Ploiesti.

Lambru yang baru berusia 18 tahun kembali semula ke dalam padang selepas terlibat dengan kemalangan jalanraya melibatkan trak 10 tahun yang lalu. Ketika itu beliau masih berusia 10 tahun

Beliau bermain dalam Copa Romanie menentang Mioveni. Semua penyokong bertepuk tangan memberikan penghargaan dan sokongan kepada Lambru yang masuk pada masa tambahan minit ke-99.

Malangnya pasukan beliau tewas dalam penentuan sepakan penalti setelah seri 1-1. Lambru hampir menjaringkan gol di dalam debut impian beliau.

https://twitter.com/Sporf/status/923610870223134721

Menceritakan pengalaman ngeri beliau kepada wartawan, Lambru berkata:

“Kami dalam perjalanan pulang balik ke rumah. Dan tiba-tiba sebuah trak hilang kawalan merempuh kami. Saya cuba melompat masuk ke dalam kereta tetapi tak sempat dan saya tersekat di bawah.”

“Saya terasa sangat sakit dan dikejarkan ke hospital.”

Lambru tetap tidak mahu mengalah untuk mengejar impiannya menjadi pemain bola sepak profesional. Beliau agak sukar untuk mengawal tangan palsunya itu dalam keadaan pergerakan pantas dalam perlawanan sebenar.

https://www.youtube.com/watch?v=69dUmORxT1U

“Apabila saya kembali semula ke padang, perkara pertama yang saya perlu pelajari adalah, belajar cara menghayunkan tangan (palsu) saya.”

“Ia bukan muda. Tetapi saya tidak akan merungut ataupun menjadikan ia sebagai alasan. Tidak sama sekali.”

Naskah yang sangat menyentuh hati dalam dunia bola sepak. Semoga Cosmin Lambru mencapai apa yang beliau hajati sebagai pemain profesional.

Kami tabik semangat anda wahai anak muda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN